Sikit-sikit lama jadi bukit...kalau boleh jadi gunung...selalu dikaitkan dengan amalan menabung..tapi sekarang ni bukan lagi menabung malah boleh melabur...kalau dulu menabung bukan di dalam bank tapi menabung dalam "tabung ayam", buluh dan ada yang dibawah bantal...tapi sekarang amat mudah untuk menabung kerana terlalu banyak bank komersial, malah lebih mudah dengan adanya mesin deposit atm..bergantung kepada hendak atau tak hendak je..mana yang ada rezeki lebih, bukan setakat menabung malah boleh melabur.. Aku masih ingat lagi ibubapa kita dulu cukup punya sah nak menabung wang, kalau adapun guna cara macam aku nyatakan di atas, tetapi cara tersebut tentulah tidak selamat.. jadi masa tu satu saja caranya dengan menyimpan dalam Bank Simpanan Pejabat Pos (BSPP). Bank Simpanan Pejabat Pos ini ditubuhkan pada tahun 1902 bermula di Neger-Negeri Selat. Disebabkan semakin ramai orang menyimpan wang di BSPP dan supaya penyimpan dilindungi, maka di bawah Akta Parlimen 146, Undang-undang Malaysia 1974, BSPP ini telah diambilalih dengan tertubuhnya Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga ke hari ini. Mungkin ramai yang tak sedar BSN adalah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kewangan.
Aku juga tertarik dengan moto BSPP seperti pada kulit depan buku BSPP iaitu "
SIMPAN-LAH WANG SELALU DALAM BANK SIMPANAN PEJABAT POS UNTUK MENOLONG DIRI SENDIRI DAN NEGARA"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH