Mungkin ada yg tak sedar bila kita belajar secara formal mesti ada kurikulum..kurikulum adalah satu dokumen yg mengandungi rancangan pengajaran dan pembelajaran yg mempunyai objektif kognitif, psikomotor dan afektif bagi satu pelajaran...Kurikulum yg dibina perlu bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat semasa dan akan datang. Jadi tak heranlah kurikulum itu berubah..misalnya KBSR bertukar kepada KSSR..di kalangan cikgu isitilah KBSR dan KSSR tu semua dah tau...cuma mungkin ada yang tak perasan KBSR tu dilaksanakan pada tahun 1995 dan KSSR itu dilaksanakan tahun ni (2011), bermakna KBSR dilaksanakan selama 15 tahun yang menekankan kepada aspek 3M, manakala KSSR pula menekankan kepada aspek 4M...
Berbalik dengan sejarah hidupku berkaitan dengan kedua-dua kurikulum di atas tadi...semasa dilancarkan KBSR tahun 1995, aku berpeluang menulis buku teks PJK untuk Tahun 1, dengan ertikata lain, aku orang pertama yg menulis buku teks PJK untuk KBSR
Rupanya sejarah itu berulang lagi...aku menjadi orang pertama juga bila aku berpeluang menulis buku PJK untuk Tahun 1 tapi kali ni KSSR pula...Itulah yg aku kata TERCIPTA SEJARAH TERSENDIRI...sepanjang pelaksanaan KBSR dan KBSM aku juga berpeluang menulis beberapa buah buku teks dan buku rujukan, antaranya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH