As salam....
Tentu ramai kekawan yang setuju dengan aku kalau aku kata ramai yang takut dengan ANGKA...asas angka hanya ada 10 sahaja iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9. Bila digabungkan angka-angka ini, maka terjadilah suatu gambaran yang menunjukkan "lebih"...misalnya lebih berat, lebih mahal dsb...Bayangkan selepas seminggu berat badan kekawan dari 50kg menjadi 60kg! Takut tak? Takut tak bila diambil tekanan darah bacaannya 140/90? Apa nak ditakutkan, hanya angka je..ye tak? Kenapa harus takut? Ish ish...memang lah takut sebab angka itu mewakili sesuatu, bukan setakat angka secara zahir...
Berbalik kepada angka 140/90 di atas tadi... angka tersebut biasanya ditulis dalam kad kesihatan menunjukkan tekanan darah...dibaca sebagai "140 over 90 millimeters of mercury".. 140 dikatakan sebagai tekanan sistolik iaitu tekanan darah dalam arteri semasa jantung menguncup (iaitu mengepam darah keluar dari jantung), manakala 90 itu dikatakan sebagai tekanan diastolik iaitu tekanan darah dalam arteri semasa antara setiap degupan jantung.
Bacaan tekanan darah 140/90 memanglah menakutkan kerana bacaan itu menggambarkan seseorang itu mengalami "tekanan darah tinggi (hipertensi) tahap 1"...Kitapun sedia maklum, tekanan darah tinggi boleh membawa maut, tak kira usia...muda ke ? tua ke ? lelaki ke? perempuan ke? Apa yang penting, elakkan diri kita mengalami tekanan darah tinggi..
Untuk entri aku kali ini, aku nak kongsi info ringkas tentang petunjuk status diri kita berkaitan dengan tekanan darah.
Kategori tekanan darah Sistolik Diastolik
Normal kurang drpd 120 DAN kurang drpd 80
Pra hipertensi 120 - 139 atau 80 - 89
Hipertensi Tahap 1 140 - 159 atau 90 - 99
Hipertensi Tahap 2 160 atau lebih atau 100 atau lebih
Hipertansi tahap krisis tinggi drpd 180 atau tinggi drpd 110
(perlukan rawatan kecemasan)
(Dikeluarkan oleh AHA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH