SALAM MAAL HIJRAH 1438H

BIBIK OH BIBIK

Pak Teh | Isnin, Februari 28, 2011 |
As salam...

I
su orang gaji atau pembantu rumah sampai sekarang tak habis-habis....permintaannya tinggi sampaikan bermacam-macam syarat yang dikenakan untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah...tambahan sekarang terlalu ramai isteri yang berkerjaya...kadangkala untuk mendapat khidmat pembantu rumah lebih tinggi kosnya daripada pendapatan isteri...oleh itu kalau ada para isteri yang berangan-angan nak ada pembantu rumah, eloklah fikirkan masak-masak, kebaikan dan keburukannya....yang paling dirisaukan apabila anak-anak lebih sayangkan orang gaji daripada ibunya....sebenarnya lebih banyak keburukan daripada kebaikan jika mempunyai pembantu rumah, walaupun kita sangat mampu menggajikan beberapa pembantu rumah...


Puteri tercinta Rasulullah s.a.w., Fatimah az-Zahra pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang betapa beratnya kerja rumah yang terpaksa dilakukannya. Beliau meminta Rasulullah s.a.w. supaya menyediakan pembantu buatnya. Namun Rasulullah s.a.w. tidak memenuhi permintaan anaknya itu. Sebaliknya, Rasulullah s.a.w. menyarankan supaya Fatimah membaca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahhuakbar 33 kali. Dengan izin Allah s.w.t., membaca ketiga-tiga kalimah itu membuatkan beban kerjanya terasa berkurangan... Wallahhualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home