SALAM MAAL HIJRAH 1438H

TAKKAN DIA ORANG NAK BUAT!

Pak Teh | Ahad, Februari 06, 2011 |
As salam...

Alaaaa...takkan dia orang nak buat! Persepsi inilah merupakan salah satu sebab berlakunya banyak jenayah...lagi menyedihkan lagi apabila melibat golongan Hawa...golongan lemah yang sentiasa diambil kesempatan oleh golongan Adam..
Jangan fikir yang buruk, fikir yang baik-baik..memang betul tetapi adakah apa yang kita fikir sama dengan apa yang orang fikir? Kadangkala kita perlu ada prasangka terutama dari aspek keselamatan...mengapa ramai wanita diragut? Mengapa ramai wanita diperkosa? Antara sebab utamanya kerana mereka selalu menganggap "takkan dia orang nak buat?" Sebagai contoh, pernah berlaku seorang gadis diperkosa oleh 3 orang lelaki kerana menumpang kereta mereka yang baru dikenali..Dah tentu semasa dipelawa naik kereta, gadis tersebut beranggapan "takkan dia orang nak buat!". Kejadian tersebut sebenarnya boleh dielakkan jika fikirkan yang buruk-buruk..yang penting kita kena fikirkan "penyebab" kejadian bukannya siapa yang melakukan! Seperti yang aku selalu katakan, "boleh dikatakan 99.9% apa yang berlaku terhadap diri kita adalah berpunca dari diri kita sendiri"... Fikir-fikirkan.

1 ulasan:

Hanis Azla berkata...

betullah.. mmg selalu kena beringat. tak salah untuk memikirkan kesan negatif sebelum fikir yg positif..

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home