SALAM MAAL HIJRAH 1438H

ZAKAT PUASA

Pak Teh | Selasa, Julai 26, 2011 |
As salam...



Tinggal beberapa hari je lagi kedatangan bulan yang kita sama-sama tunggu...bulan yang penuh keberkatan, bulan yang dirindui oleh setiap umat Islam...bulan Ramadhan al-mubarak. Tapi mengapa pulak aku citer pasal zakat...bukankah lebih sesuai kalau aku citer pasal zakat di penghujung tahun...tapi yang nak aku berkongsi dengan kekawan dalam entri kali ini ialah zakat puasa...
Aku masih ingat apa yang dijelaskan oleh ustaz semasa takzirah maghrib tadi...antara lain beliau mengatakan Rasulullah s.a.w ada bersabda, sesungguhnya puasa Ramadhan itu adalah zakat kepada tubuh kita....bila sebut zakat bermakna menyucikan, oleh itu zakat puasa adalah menyucikan tubuh badan kita. Kita sedia maklum telah dibuktikan secara perubatan bahawa berpuasa sangat elok untuk kesihatan kita....jadi kepada kekawan yang sentiasa mengalami masalah kesihatan, jangan lepaskan peluang untuk berpuasa sepenuhnya di bulan Ramadhan ini, kita tak tau adakah kita masih ada peluang untuk berpuasa untuk tahun-tahun akan datang. Janganlah berpuasa itu sekadar menahan lapar dan dahaga, sepatutnya kita berpuasa secara beribadah...itulah sebabnya aku lebih suka mengucap SELAMAT BERIBADAH bukannya SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
Seperkara lagi yang menarik apabila uztaz itu mengatakan bahawa sepatutnya kita memeriahkan persekitaran  semasa bulan Ramadhan. Janganlah rumah kita hanya terang benderang dengan pelita, lampu "lip-lap" bila tiba malam tujuh likur je...sepatutnya berlaku sebaik sahaja masuk bulan Ramadhan... Wallahhualam

1 ulasan:

miss Fyqa berkata...

perkongsian yg baik.
thanks :)

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home