SALAM MAAL HIJRAH 1438H

SUSAH SANGAT KE NAK BERSEDEKAH?

Pak Teh | Sabtu, Ogos 13, 2011 |
As salam....

Semua orang tau bersedekah di bulan Ramadhan sangat besar pahalanya...menyebabkan ramai orang berebut-rebut amik kesempatan untuk bersedekah terutamanya  bersedekah dengan memberi makanan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa...kerana bersedekah makanan berbuka puasa, pahala orang yang berpuasa itu kita dapat tanpa mengurangkan pahala orang itu berpuasa, disamping pahala kita bersedekah....Jadi tak heranlah individu atau pertubuhan sanggup berdiri di tepi jalan mengedarkan juadah berbuka puasa, terutamanya bubur lambuk... Bagaimana pula orang yang tak berkemampuan bersedekah sebegitu rupa? Sebenarnya masih banyak cara kita bersedekah walaupun dalam konteks wang ringgit kita kurang mampu untuk bersedekah...setengah orang mengatakan paling mudah bersedekah "tanpa modal" ialah dengan melemparkan senyuman kerana senyuman itu merupakan satu sedekah...
Apa yang aku ceritakan di atas semua orang tau cuma dalam entri kali ni aku nak kaitkan dengan kata-kata seorang ustaz semasa takzirah subuh. Ustaz itu memberitahu jangan ambil jalan mudah untuk bersedekah....jalan mudah?...selepas beliau menjelaskannya barulah aku tau maksud "jalan mudah" itu, antara maksudnya ialah kita jangan setakat menghantar wang sedekah kepada Badan Kebajikan dan yang seumpamanya kerana itu dikatakan sebagai "jalan mudah" untuk bersedekah...beliau menyarankan supaya kita bersusah payah sedikit mencari penerima sedekah yang benar-benar layak semoga sedekah kita sedekah yang mabrur.... Wallahhualam

2 ulasan:

Nurul Dato' Ghaz berkata...

en idris, sekadar nak kongsi, minggu lepas zan berbuka di wangsa maju..kebetulan selesai berbuka, zan nk ke surau, disapa oleh seorg anak yatim (katanya) minta sumbangan ikhlas, zan pun hulurlah seringgit dua. pas tu anak yang sulung ckp umi, kesian kan abg tu.. kebetulan ada couple sdg duduk dihdpn surau (dlm restoran) bila anak yatim tu minta derma, dia blh ckp : mana sijil mati mak bapak ko? YA ALLAH.. kalau taknak bagi jangan ler ckp sampai mcm tu sekali kan??

Pak Teh berkata...

MasyaAllah....Betul gak tu Nurul tp kita taktau niat sebenar couple itu bertanya soklan gtu..ada kemungkinan terlalu byk sindiket menggunakan budak2 minta derma/sedekah menyebabkan couple tu teruja nak bertanya, takut2 tertipu. Tp bukan itu soklannya kalau nak pastikan budak itu menipu atau tak...Wallahhualam Nurul

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home