SALAM MAAL HIJRAH 1438H

AFTER SIX

Pak Teh | Jumaat, Januari 28, 2011 |
Have some good laughs on How men change




The Love Word:
After 6 weeks: I looo-ve you, I love you, I love you!
After 6 months: Of course, I love you.
After 6 years: GOD, if I didn't love you, then why did I marry you?


Back from Work:
After 6 weeks: Honey, I'm home!
After 6 months: I'm BACK!!
After 6 years: Have you cooked yet?


Phone Ringing:
After 6 weeks: Baby, somebody wants you on the phone.
After 6 months: Here, it's for you.
After 6 years: ANSWER THE PHONE DAM*T!!


Cooking:
After 6 weeks: I never knew food could taste so good!
After 6 months: What are we having for dinner tonight?
After 6 years: DUMPLING AGAIN??


New Dress:
After 6 weeks: Wow, you look like an angel in that dress.
After 6 months: You bought a new dress again?
After 6 years: How much did THAT cost me?


TV:
After 6 weeks: Baby, what would you like us to watch tonight?
After 6 months: I like this movie.
After 6 years: I'm going to watch PIRATES play, if you're not in the mood, go to bed, I can stay up by myself!

BUAH PALA

Pak Teh | Rabu, Januari 26, 2011 |
As salam...
Oopsssssss.....ni bukan citer pasal Kg Buah Pala yer tapi citer buah pala yang lebih dikenali namanya sebagai jeruk yang dulunya hanya boleh dibeli di Pulau Pinang. Tetapi sekarang jeruk buah pala boleh dibeli di mana-mana. Bila sebut je jeruk tentu ada yang dah terliur! terutamanya kepada kaum Hawa..hehehe sori ye....tapi kalau suka sangat jeruk tu janganlah sampai makan banyak sangat, maklum jelah pembuatannya banyak menggunakan bahan kimia..kata orang makanlah setakat nak lepaskan rasa mengidam...:-)

Apa yang aku nak kongsi dengan kekawan kali ni ialah kegunaan buah pala untuk perubatan. Buah pala adalah salah satu bahan yang boleh memanaskan bahan. Sirap buah pala dapat membantu mengatasi insomnia atau sukar tidur. Ia juga boleh menyegarkan badan. Minumlah pati buah pala secara teratur dan akan dapat rasa perubahannya  selepas seminggu meminumnya. Tidur menjadi lebih nyenyak dan badan merasa lebih bertenaga. Wallahhualam

CIKGU MENGAJAR ATAU MENDIDIK?

Pak Teh | Selasa, Januari 25, 2011 |
As salam...
Cikgu suka main bola...
hari-hari cikgu main bola..
hari-hari cikgu suka.... tidurrrrrrrrrr

Aku taknak citer pasal cikgu tido dalam kelas kerana dalam citer P.Ramlee ada ditonjolkan adegan tu...aku nak citer pasal "cikgu mengajar atau mendidik?" Seantero Malaya dah tau, kenapa seseorang mahu jadi guru...banyak sebabnya, tak payahlah aku terang satu persatu...dan sebab yang paling aku tak suka dengar kalau menjadi guru sebagai pilihan terakhir...tapi takpe, kata orang tak kenal, maka tak cinta..sebenarnya bukan sebab itu yang menjadikan seorang guru tu mengajar atau mendidik, banyak lagi faktor-faktor lain.
Dalam entry aku kali ini, aku nak citer dua senario apa yang dikatakan "cikgu yang mengajar"

Senario 1: Sebaik sahaja masuk ke kawasan sekolah, cari tempat parking yang berhampiran gate sekolah, pastu siap-siap parking ngadap ke gate sekolah....kalau kebetulan last period free, 10 minit lagi loceng tamat persekolahan dah masuk dalam kereta dan terus hidupkan enjin. Kereta bergerak serentak dengan bunyi loceng....
Senario 2: Masuk kelas terus mengajar, tanpa terlebih dulu tengok kot2 ada sampah sarap, kerusi meja tak tersusun, murid-murid masih lagi bercakap...mengajar terus mengajar, tak kira murid dengar ke! murid faham ke! murid buat bising ke! yang penting tajuk yg nak diajar habis...bunyi loceng terus keluar

Tentu kalau "cikgu yang mendidik" membaca senario di atas akan tersenyum sinis...ada ke cikgu camtu?  Renung-renungkan

SEDAR TAK?

Pak Teh | Isnin, Januari 24, 2011 |
As salam....
Terpanggil aku membuat entry ini secepat mungkin kerana pada aku sebelum terlambat biarlah kita bertindak cepat..Ramai blogger yang mengejar banyak traffic dan nak buat side income dengan meletakkan gadget yang merupakan iklan-iklan...tetapi tanpa disedari ada gadget yang mempromosi sesuatu peristiwa yang bertentangan dengan Islam...tentu ramai yang dapat agak kan? Tak lain tak bukan ialah Valentine's Day...Pada aku sebagai umat Islam tidak sepatutnya kita bersubahat dalam mempromosikan peristiwa itu dalam blog kita..Aku sendiripun tak pasti gadget yang aku letakkan dalam blog aku ada tak promosi peristiwa itu. Kalau ada,  aku mintak jasa baik kekawan ingatkan aku..apa yang boleh kita buat mengikut pendapat aku, buat sementara ni, delete dulu gadget tu, nanti lepas tu load balik..atau ada idea lain dari kekawan? Nampaknya aku kena percepatkan juga untuk melengkapkan entry aku yang bertajuk SAY NO...insyaAllah

LOVE, SAYANG DAN CINTA

Pak Teh | Ahad, Januari 23, 2011 |
I LOVE YOU...tak sama maksudnya dengan SAYA SAYANG AWAK dan SAYA CINTA AWAK...kerana sayang dan cinta membawa maksud yang berlainan, mempunyai tahap yang berbeza dan hubungan yang berbeza..
Cinta mempunyai ciri sayang...apabila sebut cinta bermakna ada sifat sayang tetapi tidak semestinya sayang itu  mempunyai rasa cinta..Jadi apabila seseorang itu jatuh cinta, janganlah ditanya samada sayang atau tak..dan jika tidak dikawal sayang itu boleh bertukar menjadi cinta...yang lebih menakutkan apabila sayang itu bertukar menjadi cinta terlarang, cinta yang hanya berdasarkan nafsu. Kadangkala ada juga cinta bertukar kepada sayang..dan paling tidak baik ialah apabila sayang dan cinta bertukar menjadi benci...Apapun tahap sayang dan cinta kita, cinta yang paling agong dan kekal ialah cinta kepada Allah swt.

SAY NO

Pak Teh | Sabtu, Januari 22, 2011 |

KENAPA?

Tunggukan entrynya akan datang kenapa "SAY NO"..walaupun ada kekawan yang dah tau tapi ada baiknya kita ingat mengingat antara satu sama lain, kekadang kita terlupa.... InsyaAllah

WHAT DO WE SAY WHEN WE...

Pak Teh | Sabtu, Januari 22, 2011 |



IKLAN DI LANGIT

Pak Teh | Khamis, Januari 20, 2011 |
Memang tidak dinafikan dalam dunia perniagaan, iklan mempunyai kuasa yang sangat berkesan untuk mempromosikan sesuatu perkhidmatan atau barangan. Iklan dapat meningkatkan lagi hasil perniagaan. Jadi tidak hairanlah dalam media cetak atau media elektronik dipenuhi dengan pelbagai iklan. Secara tak langsung pihak yang menyiarkan iklan tersebut juga mendapat hasil pendapatan. Di satu tahap, pihak yang menyiarkan iklan menetapkan bayaran tertentu terhadap siaran iklan tersebut. Jika di tv, jika diiklankan semasa waktu siaran utama, misalnya semasa berita utama, kadar bayaran iklan adalah amat tinggi. Ada juga setengah pihak mengiklankan syarikat mereka melalui penajaan sesuatu program kerana mereka percaya dengan menaja sesuatu program, secara tak langsung mengiklankan jenama syarikat mereka. Tidak cukup dengan mengiklan melalui media elektronik dan media cetak, ada juga pihak
mengiklan di langit. Di langit? Biar betul...siapa yang tengok iklan di langit? Nak tau....click sambungan entry di bawah

TAKNAK JADI BUKIT, NAK JADI GUNUNG

Pak Teh | Isnin, Januari 17, 2011 |
Sikit-sikit lama jadi bukit...kalau boleh jadi gunung...selalu dikaitkan dengan amalan menabung..tapi sekarang ni bukan lagi menabung malah boleh melabur...kalau dulu menabung bukan di dalam bank tapi menabung dalam "tabung ayam", buluh dan ada yang dibawah bantal...tapi sekarang amat mudah untuk menabung kerana terlalu banyak bank komersial, malah lebih mudah dengan adanya mesin deposit atm..bergantung kepada hendak atau tak hendak je..mana yang ada rezeki lebih, bukan setakat menabung malah boleh melabur.. Aku masih ingat lagi ibubapa kita dulu cukup punya sah nak menabung wang, kalau adapun guna cara macam aku nyatakan di atas, tetapi cara tersebut tentulah tidak selamat.. jadi masa tu satu saja caranya dengan menyimpan dalam Bank Simpanan Pejabat Pos (BSPP). Bank Simpanan Pejabat Pos ini ditubuhkan pada tahun 1902 bermula di Neger-Negeri Selat. Disebabkan semakin ramai orang menyimpan wang di BSPP dan supaya penyimpan dilindungi, maka di bawah Akta Parlimen 146, Undang-undang Malaysia 1974, BSPP ini telah diambilalih dengan tertubuhnya Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga ke hari ini. Mungkin ramai yang tak sedar BSN adalah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kewangan.
Aku juga tertarik dengan moto BSPP seperti pada kulit depan buku BSPP iaitu "
SIMPAN-LAH WANG SELALU DALAM BANK SIMPANAN PEJABAT POS UNTUK MENOLONG DIRI SENDIRI DAN NEGARA"

DUIT DUIT..DI MANA KAU DUIT

Pak Teh | Sabtu, Januari 15, 2011 |
Ada duit semua jadi..ada duit abang sayang, takde duit abang melayang...tepuk dada tanya selera...tepuk dada tanya nafsu....tetapi adakah duit segala-galanya? Sampaikan sesetengah orang hilang pertimbangan...Peribahasa Cina ada mengatakan


"WITH MONEY YOU CAN BUY A HOUSE BUT NOT A HOME
WITH MONEY YOU CAN BUY A CLOCK BUT NOT TIME
WITH MONEY YOU CAN BUY A BED BUT NOT SLEEP
WITH MONEY YOU CAN BUY A BOOK, BUT NOT KNOWLEDGE
WITH MONEY YOU CAN SEE A DOCTOR, BUT NOT GOOD HEALTH
WITH MONEY YOU CAN BUY A POSITION BUT NOT RESPECT
WITH MONEY YOU CAN BUY BLOOD BUT NOT LIFE
WITH MONEY YOU CAN BUY SEX BUT NOT LOVE


always believe the best you can be and have faith in the thing you can do"

BERDOA

Pak Teh | Jumaat, Januari 14, 2011 |
Setiap doa yang kita baca hendaklah mempunyai sifat dan tujuan yang baik. Doa yang diucapkan sebaik-baik hendaklah dalam keadaan dan cara seperti berikut:



1. Mengetahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon dari Allah SWT
2. Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya
3. Doa dibaca dengan suara yang jelas dan sederhana (tidak terlalu laju)
4. Doa dibaca dengan nada suara yang sesuai (tidak terlalu kuat dan sebaliknya)
5. Doa dibaca dengan rasa penuh khusyuk dan tawaduk kepada Allah SWT
6. Merasa yakin dan ikhlas bahawa apa yang dipohon akan dimakbulkan oleh Allah SWT

Menurut hadith riwayat Abu Dawud, Rasulullah saw bersaba: Apabila kamu berdoa (memohon kepada Allah) maka mohonlah dengan bahagian dalam kedua telapak tanganmu, dan janganlah memohon dengan dibalikkan kedua belah telapak tanganmu, kemudian janganlah meletakkan tanganmu ke bawah sebelum kamu usapkan ke mukamu. Sesungguhnya Allah SWT memberi berkah dalam sapuan tangan itu.

BETULKAN NIAT

Pak Teh | Selasa, Januari 11, 2011 |
Setiap apa yang kita lakukan bermula dengan niat...niat itulah yang menentukan samada apa yang kita lakukan diberkati Allah saw..kadangkala apabila sesuatu itu telah menjadi rutin, niat kita melakukan sesuatu itu telah tersasar, tersasar daripada niat asal iaitu kerana Allah taala....hanya perkara yang kita lakukan dengan niat kerana Allah sahaja yang diberkati Allah dan mendapat ganjaran dari Allah swt...

Mengapakah kadang-kadang apa yang kita lakukan walaupun rutin menjadi rasa bosan dan terasa tension? Sebenarnya perkara ini berlaku kerana berbalik kepada niat kita, mungkin niat kita telah tersasar...niat bukan merujuk kepada menunaikan ibadah Rukun Islam semata-mata, malah dalam kehidupan kita seharian juga melibatkan niat...samada kita seorang pelajar, seorang guru, seorang kakitangan kerajaan/swasta, seorang ibu/bapa; hendaklah kita sentiasa perbetulkan niat kita ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab kita....kerana Allah taala...apabila niat kita "kerana Allah taala", maka tidak akan berlaku sesuatu yang tidak baik kerana apabila tersasar niat kita, kita teringat balik niat kita yang asal...kerana Allah taala
Kebetulan isu ni aku tulis dalam blog..cuba kita perbetulkan niat kita balik, apakah tujuan kita ada blog? adakah untuk popular? adakah untuk dapat seberapa ramai follower? adakah info yang kita berikan memberi manfaat?...macam-macam lagi ADAKAH....jadi sama-samalah kita fikirkan hal ini, semoga apa yang kita lakukan sentiasa diredhai oleh Allah swt...InsyaAllah

Nota: info pasal niat ini penulis perlolehi dari takzirah Maghrib untuk dikongsikan dengan kekawan

Jangan marah, jangan marah, jangan marah

Pak Teh | Isnin, Januari 10, 2011 |
Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa pulak aku tulis title post macam tu...kenapa sampai tiga kali frasa yang sama..sekali cukuplah...sebenarnya itulah wasiat Rasulullah saw kepada salah seorang sahabat baginda...tetapi kenapa sampai 3 kali baginda ucapkan? Ia merupakan penegasan baginda menunjukkan betapa pentingnya supaya jangan marah.

Jadi apakah penawarnya supaya kita tidak marah? Penawar yang telah diberikan oleh Rasulullah saw ialah
1.   Berusaha menghilangkan perasaan marah
2.   Berwuduk...marah adalah bara api, dan api hanya boleh dipadamkan dengan air
3.   Jika semasa marah dalam keadaan berdiri, maka hendaklah duduk; dan jika dalam keadaan duduk, maka hendaklah berbaring
4.   Jika sedang marah, hendaklah diam dan jangan berbicara
5.   Seboleh-bolehnya mengingatkan akan ganjaran yang diperolehi kerana mampu menahan amarah dan suka memaafkan kesalahan orang lain.

KALAU GUNUNG LARI

Pak Teh | Sabtu, Januari 08, 2011 |
Tak payahlah susah-susah, takkan lari gunung dikejar....peribahasa yg sangat dalam maknanya...tetapi sejauh manakah kita mendalami maknanya? adalah sangat malang jika ada orang yg mengambil makna luaran sebagai panduan hidup...tak perlu bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu, sampai masanya dapatlah yg dihajati....tetapi kena ingat, gunung itu bukan untuk kita seorang je kerana gunung itu juga mungkin idaman orang lain..walaupun gunung itu tetap berada di situ tetapi kita kena berusaha untuk mendapatkannya...tambahan sekarang ini terlalu banyak gunung yang hilang dari peta topo, hilang kerana tujuan pembangunan atau secara semula jadi.. jadi sebelum gunung itu hilang atau ditakluki oleh orang, kenalah kita berusaha dengan gigih untuk mendapatkannya....pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat!

TERCIPTA SEJARAH TERSENDIRI

Pak Teh | Jumaat, Januari 07, 2011 |
Kali ini entry aku ke arah akademik sikit, namun begitu ada kaitannya dengan sejarah hidupku yang sukar dilalui oleh orang lain walaupun tak sehebat mana....tetapi sangat bermakna buat diriku...

Mungkin ada yg tak sedar bila kita belajar secara formal mesti ada kurikulum..kurikulum adalah satu dokumen yg mengandungi rancangan pengajaran dan pembelajaran yg mempunyai objektif kognitif, psikomotor dan afektif bagi satu pelajaran...Kurikulum yg dibina perlu bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat semasa dan akan datang. Jadi tak heranlah kurikulum itu berubah..misalnya KBSR bertukar kepada KSSR..di kalangan cikgu isitilah KBSR dan KSSR tu semua dah tau...cuma mungkin ada yang tak perasan KBSR tu dilaksanakan pada tahun 1995 dan KSSR itu dilaksanakan tahun ni (2011), bermakna KBSR dilaksanakan selama 15 tahun yang menekankan kepada aspek 3M, manakala KSSR pula menekankan kepada aspek 4M...

Berbalik dengan sejarah hidupku berkaitan dengan kedua-dua kurikulum di atas tadi...semasa dilancarkan KBSR tahun 1995, aku berpeluang menulis buku teks  PJK untuk Tahun 1, dengan ertikata lain, aku orang pertama yg menulis buku teks PJK untuk KBSR



Rupanya sejarah itu berulang lagi...aku menjadi orang pertama juga bila aku berpeluang menulis buku PJK untuk Tahun 1 tapi kali ni KSSR pula...


Itulah yg aku kata TERCIPTA SEJARAH TERSENDIRI...sepanjang pelaksanaan KBSR dan KBSM aku juga berpeluang menulis beberapa buah buku teks dan buku rujukan, antaranya




TAK PERLU BACA

Pak Teh | Rabu, Januari 05, 2011 |
Iqra'...bacalah..bacalah sebanyak mungkin untuk mendapatkan ilmu di samping perlu berguru...peluang membaca zaman sekarang terbentang luas, kata orang samada ndak tak ndak jer...melalui internetpun kita boleh membaca...e-book pun dah ada sekarang...tetapi masih ramai memilih untuk membaca buku biasa (hard copy)..masalahnya buku yang macam mana patut dibaca? Mengikut takzirah Maghrib yang aku ikuti, ustaz tu kata: Bacalah basmallah sebelum mulakan bacaan supaya bacaan kita diberkati...tetapi adakah semua buku/majalah yang kita nak baca dimulakan dengan bacaan basmallah? Sebagai contoh, kita hendak membaca majalah hiburan yang di dalamnya penuh dengan gambar-gambar artis yang mendedahkan aurat atau penuh dengan cerita-cerita gosip, wajarkah kita mulakan dengan basmallah? Kesimpulannya, buku yang patut kita baca ialah buku yang boleh dimulakan dengan bacaan basmallah....jadilah pandai-pandai memilih bahan bacaan supaya bacaan kita itu diberkati dan mendapat ilmu yang sebenar daripadanya...

2 IN 1

Pak Teh | Isnin, Januari 03, 2011 |
Jika ditanya tentang hukum memberi dan menjawab assalammualaikum, aku rasa ramai kekawan yang tau...tapi masih ramai yang tak mengamalkan terutamanya mereka yang tidak memberi salam kepada sesama Islam yang tidak dikenali, walaupun orang kata dah peringkat berlanggar bahu...mana silapnya...dalam entry aku kali ni aku nak kongsi info mengenai hikmah di sebalik memberi dan menjawab salam.. Info ini berdasarkan soal jawab antara Rasulullah saw dengan Iblis dalam peristiwa Allah swt memerintahkan Malaikat menyuruh Iblis bertemu Rasulullah saw..

Sabda Rasulullah saw: "Wahai Iblis, apakah tindakan kamu apabila umatku memberi salam kepada lainnya?"
Berkata Iblis: "Ya nabi Allah, akan pecahlah daku apabila umatmu bertemu di jalanan lantas salah seorang daripadanya memberi salam dan yang lain menjawabnya sehingga aku menangis, melolong kesedihan. Kerana kedua mereka telah mendapat keampunan setelah keduanya berpisah."

Sumber: Rasulullah saw Bertanya Iblis Menjawab

CHECKLIST UNTUK MAK AYAH

Pak Teh | Ahad, Januari 02, 2011 |
Rasanya tak perlu nak bincang dengan panjang lebar kerana tentu ramai telah membuat azam sempena tahun baru..azam berkaitan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt, azam untuk diri dan keluarga, azam dalam pelajaran, azam dalam kerjaya dan macam-macam lagi...tapi mungkin ramai yang terlepas pandang azam tahun baru terhadap kedua ibubapa kita samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia....Kalau ditanya "sayang mak ayah tak?", semua orang akan jawab, "Tentulah sayang"....budak kecil yang  baru pandai bercakappun kalau ditanya soklan yang sama akan jawab "cayangggggg" :-)... Tapi sejauh manakah sayang kita terhadap mak ayah kita, cukup ke setakat hanya sekadar ucapan? Terlanjur kita membuat azam tahun baru tu, eloklah kita muhasabah diri kita setakat mana kita telah lakukan bagi menunjukkan sayang kita kepada mak ayah kita. Kalau nak balas jasa mereka, memang takkan terbalas...yang penting kita lakukan sebaik mungkin... Jadi aku ada sediakan check list apa yang kita patut kita lakukan kepada mak ayah kita, kalau dah lakukan kekalkan/ tingkatkan dan kalau yang belum, lakukan secepat mungkin...ajal maut di tangan Tuhan...jangan menyesal tak sudah nanti.. Jika kekawan rasa ada yang tak tersenarai, kekawan bolehlah tambah dalam ruang komen supaya kita dapat berkongsi...

1.   Pernahkah kita ambil tahu ejaan penuh nama mak ayah kita mengikut IC?
2.   Pernahkah kita memberi ucapan atau meraikan befday mak ayah kita?
3.   Pernahkah kita memberi ucapan atau meraikan hari ulang tahun perkahwinan mak ayah kita?
4.   Pernahkan kita memberi hadiah sempena befday dan annivesary mak ayah kita (nilai harga tak penting, yang penting tanda ingatan)
5.   Dalam keadaan sistem berkomunikasi hanya di hujung jari je, berapa kali kita fon mak ayah kita dalam sebulan bertanyakan khabar? (inilah kehendak kebanyakan mak ayah, wang ringgit bukan keutamaan kepada mereka)
6.   Dalam sebulan berapa kali kita menjengah mak ayah kita? (bergantung kepada jarak)
7.   Dalam setahun berapa kali kita amik cuti rehat khas untuk menjengah atau bersama mak ayah kita?
8.   Pernahkah setiap kali berjumpa  atau bertelefon dengan mak ayah kita, diakhiri dengan memohon maaf? (adalah lebih baik jika minta halalkan makan minum)
9.   Pernah tak sekali sekala membeli pakaian mak ayah kita? (terutama mak ayah yang mampu beli sendiri)
10. Pernah tak membawa buah tangan tiap kali balik ke rumah mak ayah? (lagi sekali, nilai harga tak penting)
11. Pernahkah sekali skala kita membawa mak ayah berjalan2 makan angin?
12. Pernahkah sekali sekala kita bawa mak ayah pergi makan2?
13. Pernahkah kita sedekahkan al-Fatihah setiap kali lepas solat 5 waktu (yang hidup atau yang sudah meninggal dunia)?
14. Pernahkah kita sedekah bacaan Yaasin tiap malam Jumaat kepada mak ayah kita terutamanya yang sudah meninggal dunia?
15. Dalam setahun berapa kali kita ziarah kubur mak ayah kita yang sudah meninggal dunia?
16. Pernahkah kita merancang untuk membantu mak ayah kita menunaikan fardhu haji?
17. Pernahkan kita merancang mengumpul wang untuk menghajikan mak ayah kita yang tak sempat menunaikannya semasa hayat mereka?
18. Mungkin ada lagi yang tak tersenarai...

Next previous home