Rasanya tak perlu nak bincang dengan panjang lebar kerana tentu ramai telah membuat azam sempena tahun baru..azam berkaitan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt, azam untuk diri dan keluarga, azam dalam pelajaran, azam dalam kerjaya dan macam-macam lagi...tapi mungkin ramai yang terlepas pandang azam tahun baru terhadap kedua ibubapa kita samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia....Kalau ditanya "sayang mak ayah tak?", semua orang akan jawab, "Tentulah sayang"....budak kecil yang baru pandai bercakappun kalau ditanya soklan yang sama akan jawab "cayangggggg" :-)... Tapi sejauh manakah sayang kita terhadap mak ayah kita, cukup ke setakat hanya sekadar ucapan? Terlanjur kita membuat azam tahun baru tu, eloklah kita muhasabah diri kita setakat mana kita telah lakukan bagi menunjukkan sayang kita kepada mak ayah kita. Kalau nak balas jasa mereka, memang takkan terbalas...yang penting kita lakukan sebaik mungkin... Jadi aku ada sediakan check list apa yang kita patut kita lakukan kepada mak ayah kita, kalau dah lakukan kekalkan/ tingkatkan dan kalau yang belum, lakukan secepat mungkin...ajal maut di tangan Tuhan...jangan menyesal tak sudah nanti.. Jika kekawan rasa ada yang tak tersenarai, kekawan bolehlah tambah dalam ruang komen supaya kita dapat berkongsi...
1. Pernahkah kita ambil tahu ejaan penuh nama mak ayah kita mengikut IC?
2. Pernahkah kita memberi ucapan atau meraikan befday mak ayah kita?
3. Pernahkah kita memberi ucapan atau meraikan hari ulang tahun perkahwinan mak ayah kita?
4. Pernahkan kita memberi hadiah sempena befday dan annivesary mak ayah kita (nilai harga tak penting, yang penting tanda ingatan)
5. Dalam keadaan sistem berkomunikasi hanya di hujung jari je, berapa kali kita fon mak ayah kita dalam sebulan bertanyakan khabar? (inilah kehendak kebanyakan mak ayah, wang ringgit bukan keutamaan kepada mereka)
6. Dalam sebulan berapa kali kita menjengah mak ayah kita? (bergantung kepada jarak)
7. Dalam setahun berapa kali kita amik cuti rehat khas untuk menjengah atau bersama mak ayah kita?
8. Pernahkah setiap kali berjumpa atau bertelefon dengan mak ayah kita, diakhiri dengan memohon maaf? (adalah lebih baik jika minta halalkan makan minum)
9. Pernah tak sekali sekala membeli pakaian mak ayah kita? (terutama mak ayah yang mampu beli sendiri)
10. Pernah tak membawa buah tangan tiap kali balik ke rumah mak ayah? (lagi sekali, nilai harga tak penting)
11. Pernahkah sekali skala kita membawa mak ayah berjalan2 makan angin?
12. Pernahkah sekali sekala kita bawa mak ayah pergi makan2?
13. Pernahkah kita sedekahkan al-Fatihah setiap kali lepas solat 5 waktu (yang hidup atau yang sudah meninggal dunia)?
14. Pernahkah kita sedekah bacaan Yaasin tiap malam Jumaat kepada mak ayah kita terutamanya yang sudah meninggal dunia?
15. Dalam setahun berapa kali kita ziarah kubur mak ayah kita yang sudah meninggal dunia?
16. Pernahkah kita merancang untuk membantu mak ayah kita menunaikan fardhu haji?
17. Pernahkan kita merancang mengumpul wang untuk menghajikan mak ayah kita yang tak sempat menunaikannya semasa hayat mereka?
18. Mungkin ada lagi yang tak tersenarai...
4 ulasan:
insyaallah
argh...baru 11/18 dlm checklist yg dpt dibuat...
2011: i must do better!
wow! panjangnya list.. tak terbalas budi ibu bapa sebenarnya...
Saya syg mak n ayah saya :)
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH