SALAM MAAL HIJRAH 1438H

CIKGU MENGAJAR ATAU MENDIDIK?

Pak Teh | Selasa, Januari 25, 2011 |
As salam...
Cikgu suka main bola...
hari-hari cikgu main bola..
hari-hari cikgu suka.... tidurrrrrrrrrr

Aku taknak citer pasal cikgu tido dalam kelas kerana dalam citer P.Ramlee ada ditonjolkan adegan tu...aku nak citer pasal "cikgu mengajar atau mendidik?" Seantero Malaya dah tau, kenapa seseorang mahu jadi guru...banyak sebabnya, tak payahlah aku terang satu persatu...dan sebab yang paling aku tak suka dengar kalau menjadi guru sebagai pilihan terakhir...tapi takpe, kata orang tak kenal, maka tak cinta..sebenarnya bukan sebab itu yang menjadikan seorang guru tu mengajar atau mendidik, banyak lagi faktor-faktor lain.
Dalam entry aku kali ini, aku nak citer dua senario apa yang dikatakan "cikgu yang mengajar"

Senario 1: Sebaik sahaja masuk ke kawasan sekolah, cari tempat parking yang berhampiran gate sekolah, pastu siap-siap parking ngadap ke gate sekolah....kalau kebetulan last period free, 10 minit lagi loceng tamat persekolahan dah masuk dalam kereta dan terus hidupkan enjin. Kereta bergerak serentak dengan bunyi loceng....
Senario 2: Masuk kelas terus mengajar, tanpa terlebih dulu tengok kot2 ada sampah sarap, kerusi meja tak tersusun, murid-murid masih lagi bercakap...mengajar terus mengajar, tak kira murid dengar ke! murid faham ke! murid buat bising ke! yang penting tajuk yg nak diajar habis...bunyi loceng terus keluar

Tentu kalau "cikgu yang mendidik" membaca senario di atas akan tersenyum sinis...ada ke cikgu camtu?  Renung-renungkan

7 ulasan:

cikgu ct berkata...

salam, huhu kalau boleh buat mcm tu alangkah bestnya...ahaks. kami kat sekolah sblm 7.20 kena ada disekolah. biasanya sy pukul 7 dah ada disekolah. 7.20 dah masuk kelas buat apa yg patut contohnya bg budak menulis buat latihan membaca dan NILAM sbb sy ajar sekolah rendah. Waktu balik kami x boleh balik selagi jam tidak menunjukkan pkl 2.00 dan lebih... lg lambat balik lg bagus. itulah kami kat sekolah jd fikir2lah kami ni mengajar atau mendidik huhu.

Ayu berkata...

erkkk...... pengalaman mengajar kita untuk mendidik.. tul x cikgu? bagi saya.. guru ni tugas dia ialah mendidik murid supaya menjadi org yg berguna dan mengajar murid dari x tau kepada tau..

Pak Teh berkata...

as salam Cikgu Ct dan Ayu...memang tak dinafikan majoriti cikgu menjadi guru yg mendidik ttp ada juga segelintir cikgu yg menjadi "guru yg mengajar". Kalangan mereka inilah menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap profesion guru..semoga Cikgu Ct dan Ayu akan menjadi guru yg baik dan cemerlang demi anak didik, agama dan bangsa..seterusnya mencintai profesion perguruan hingga ke akhir hayat..InsyaAllah

Cik Nuyu berkata...

tak dinafikan... ada gak cikgu yg berperangai cam tue.. kalau boleh, hindarkan la.. ye x...

Pak Teh berkata...

Cikgu Ainura..itulah yg kita khuatirkan jika bilangan mereka bertambah kerana skarang ni hanya individu yg tabah sahaja mampu menjadi "guru yang mendidik"

muslim berkata...

cikgu mmg mendidik..tapi cikgu mendidik brapa jam shaja...lebih bnyak masa dirumah..jadi ibu bapa kena lebih mendidik...hehehe..moga tak da lagi cikgu yang mcm 2..yang jd cikgu sbb nk kerja..bukan mint..mintak dijauhkan..jgn cemarkan profesion yang mulia ini..

Pak Teh berkata...

Sdra Muslim...saya bersetuju dgn pandangan sdra. semoga lbh ramai cikgu yg mendidik drpd mengajar..InsyaAllah

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home