BETUL KE BEBAN KEJE CIKGU BERTAMBAH?
Pak Teh | Ahad, Februari 13, 2011 |
DUNIA PENDIDIKAN
As salam...
B
aru-baru ni agak hangat jugak diperdebatkan tentang pertambahan keje cikgu di dada-dada akhbar..aku rasa malu gak kerana pertelegahan tu berlaku di kalangan guru sendiri..kalau cikgu adalah golongan profesional eloklah dibincangkan secara profesional, bukannya kutuk mengutuk secara terbuka..dan nanti jangan salahkan masyarakat memandang serong terhadap profesion guru kerana guru sendiri tak menghormati profesion mereka....aku berharap sangat perkara ini tidak berlaku lagi jika kaum guru betul-betul ingin memartabatkan profesion guru ke tahap yang lebih dihormati...Sebenarnya tidak timbul istilah BEBAN KERJA jika guru menerima tugas itu sebagai satu TANGGUNGJAWAB, PENGHORMATAN dan KEPERCAYAAN...hanya guru yang "berkira" sahaja yang mengatakan beban kerja bila diberi tugas...Banyak atau sedikit tugas itu adalah sesuatu yang relatif dan tugas seorang guru tu tidaklah rigid...bila seorang guru itu telah menetapkan senarai tugas yang patut dilakukan, dan bila dapat suatu tugas yang tidak ada dalam senarai, maka timbullah isitilah "beban kerja"... tapi aku tau dan yakin seorang guru yang "tulen" takkan ada istilah beban kerja pada mereka...(guru yang macam ini aku "tabik spring" untuk mereka)...Wallahhualam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
semoga menjadi guru yang berkualiti :)
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH