As salam...
Biasanya en3 aku banyak yang berat-berat...kali ni aku nak citer yang ringan-ringan sikit...nak citer pasal love bite..sebelum tu sesape yang dapat love bite tu kalau boleh janganlah suka tunjuk-tunjuk kat orang, sorok-soroklah sikit ataupun kalau nak buat gak, carilah tempat-tempat yang tak nampak dek orang kerana budaya kita memang tak boleh terima keadaan ni...ramai yang pandang negatif...jadi hati-hatilah...
Apa yang nak aku citer sebenarnya ialah kisah sepasang suami isteri 50an, tinggal berdua je di rumah, anak-anak dah besar, dah bekerja dan berkeluarga tinggal berasingan. Kadangkala terasa sunyi gak dan bila dah berdua nak gak bermanja-manja...
Situasi di katil bilik tidur
Isteri: Banggg...dulu masa kita muda-muda...abang selalu sebelum tido selimutkan saya..
Suami tanpa banyak bicara terus menyelimutkan isteri
Isteri: Banggg...dulu sebelum saya lelap, abg selalu usap-usap dan belai saya...
Suami tanpa membantah terus mengusap dan membelai isterinya
Isteri: Banggg...selalunya masa abg usap dan belai saya, abang buat love bite kat sini (sambil meletakkan jarinya kat pangkal sisi lehernya)
Tiba-tiba suami bingkas bangun dan terus meluru ke bilik air...Kenapa?
Rupa-rupanya suami terlupa yang gigi palsunya tertinggal dalam bilik air. Takkan nak buat love bite tanpa gigi kan? hehehehe
2 ulasan:
nak mcm dulu2 terpaksalah ambil gigi dulu yer.. ha..ha..
betul tu Hanis...hehehehe
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH