SALAM MAAL HIJRAH 1438H

BERSYUKURLAH

Pak Teh | Isnin, Mac 28, 2011 |
As salam.....

MATAHARI
diciptakan untuk anda,
maka mandilah dengan sinarnya

ANGIN
diciptakan untuk anda,
maka nikmatilah udaranya

SUNGAI
diciptakan untuk anda,
maka nikmatilah airnya

BUAH-BUAHAN
diciptakan untuk anda,
maka rasakanlah nikmatnya
dan
BERSYUKURLAH KEPADA TUHAN YANG TELAH MEMBERIKAN SEMUA ITU

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SEMPENA ULANG TAHUN PERTAMA MATAHARIKU

Pak Teh | Isnin, Mac 28, 2011 |
As salam....
L
ama sungguh aku tak update blog...sibuk sangat..aku minta maaf kepada kekawan terutamanya yang menyertai pertandingan cipta ayat kreatif sempena ulang tahun pertama blog Matahariku. Sepatutnya aku umumkan pada 16hb yang lepas. Apapun janji tetap janji walaupun aku lambat menepati janji. Aku akan umumkan pemenangnya..tetapi terlebih dulu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kekawan yang sudi menyertainya; adatlah sesuatu pertandingan itu tak semua yang menang. Kepada yang menang tahniah aku ucapkan, yang tak berjaya cuba lagi. Aku tau penyertaan kekawan bukan semata-mata untuk kemenangan tetapi sebagai tanda sokongan...syukran...

Pilih punya pilih, aku memilih ayat kreatif ciptaan Nana sebagai pemenang utama (hadiahnya topup bernilai RM20)....tahniah Nana...ayatnya ialah
Masakan
   Aku
     Tak
       Akan
         Habis
            Andaikata
              Resepi
                 Itu
                  Kurang
                     Ummphh
dan 3 pemenang saguhati (topup RM10 tiap satu) dimenangi oleh Myra Jay, cikpuanhady dan adysyariz...tahniah
Kepada kekawan yang menang sila tuntut hadiah seberapa segera yang boleh dengan menulis no fon melalui comments (komen kekawan yang ada no fon itu TIDAK akan dipublish untuk mengelakkan daripada orang lain mengetahuinya) dan bila dah dapat topup tu, memadai inform Matahariku melalui shoutbox.

I HAVE THINK ABOUT THIS VERY COOK COOK

Pak Teh | Selasa, Mac 08, 2011 |
As salam...

M
ungkin kekawan dah pernah terbaca surat di atas tetapi apakah persepsi kekawan terhadap surat Tijah itu...dah tentu ramai yang akan ketawa bila membaca surat itu...tetapi berapa ramai yang simpati dengan Tijah? Adakah orang menghormati pendirian Tijah? Adakah tindakan Tijah itu tepat? dan macam-macam lagi "adakah"
 dan "apakah"....ada yang membacanya dari sudut positif dan ada yang dari sudut negatif.....pada aku dari sudut bahasa, Tijah telah berjaya menulis surat dalam konteks bahasa komunikasi...Apa pulak komen kekawan?

ULANG TAHUN PERTAMA MATAHARIKU

Pak Teh | Ahad, Mac 06, 2011 |
As salam...


Alhamdulillah....pejam celik, pejam celik....rupanya dah genap setahun aku berblog...maka bertambahlah pengalaman dan ilmu aku dalam blogging ni...mungkin juga dah banyak ilmu dan pengalaman aku dikongsi dengan kekawan...aku juga mengucapkan terima kasih kepada kekawan yang sudi membimbing aku dalam dunia blog dan kredit patut aku beri kepada
Laman Misz. Aku juga ingin ambil kesempatan untuk meminta maaf kepada kekawan yang tersinggung dengan apa yang aku tulis dalam shoutbox dan komen dalam entri.

Sempena ulang tahun pertama blog MATAHARIKU, aku nak kekawan sama-sama meraikannya dengan menyertai peraduan yang agak mudah...

Syarat-syarat peraduan:
1.  Terbuka kepada semua kekawan follower blog MATAHARIKU  dan ahli Kelab Blogger CIkgu
2.  Buat entri di blog kekawan dengan title ULANG TAHUN PERTAMA MATAHARIKU
3.  Copy & paste image di atas
4.  Buat ayat yang kreatif berdasarkan setiap huruf perkataan MATAHARIKU mengikut susunan. Contoh: perkataan KASUT.... Kalau Aku Suka Umpama Terbang
5.  Tag entri tersebut kepada seberapa ramai yang kekawan suka, secara tak langsung blog yang kekawan tag tu boleh mengambil menyertai peraduan ini
6.  Maklumkan melalui shoutbox yang kekawan menyertainya
7.  Tarikh tutup pada 14 Mac 2011 dan pemenang akan diumumkan pada 16 Mac 2011

Pemenang: ayat yang paling kreatif
Hadiah: Hadiah aku sediakan taklah begitu lumayan, saje suka-suka di samping menguji kreativiti kekawan mencipta ayat. Hadiahnya
Hadiah utama:
Tiga hadiah saguhati setiap pemenang
Selamat mencuba kekawan....



AHLI TERBARU KELAB BLOGGER CIKGU

Pak Teh | Sabtu, Mac 05, 2011 |

As salam....
Ahli ke 24: zam


Ahli ke 25: Jejaka Terhangat
kekawan lain bila lagi nak jadi ahli KBC

LOVE BITE

Pak Teh | Sabtu, Mac 05, 2011 |
As salam...

Biasanya en3 aku banyak yang berat-berat...kali ni aku nak citer yang ringan-ringan sikit...nak citer pasal love bite..sebelum tu sesape yang dapat love bite tu kalau boleh janganlah suka tunjuk-tunjuk kat orang, sorok-soroklah sikit ataupun kalau nak buat gak, carilah tempat-tempat yang tak nampak dek orang kerana budaya kita memang tak boleh terima keadaan ni...ramai yang pandang negatif...jadi hati-hatilah...
Apa yang nak aku citer sebenarnya ialah kisah sepasang suami isteri 50an, tinggal berdua je di rumah, anak-anak dah besar, dah bekerja dan berkeluarga tinggal berasingan. Kadangkala terasa sunyi gak dan bila dah berdua nak gak bermanja-manja...

Situasi di katil bilik tidur
Isteri:    Banggg...dulu masa kita muda-muda...abang selalu sebelum tido selimutkan saya..
Suami tanpa banyak bicara terus menyelimutkan isteri
Isteri:    Banggg...dulu sebelum saya lelap, abg selalu usap-usap dan belai saya...
Suami tanpa membantah terus mengusap dan membelai isterinya
Isteri:    Banggg...selalunya masa abg usap dan belai saya, abang buat love bite kat sini (sambil meletakkan jarinya kat pangkal sisi lehernya)
Tiba-tiba suami bingkas bangun dan terus meluru ke bilik air...Kenapa?

BAWANG PUTIH

Pak Teh | Rabu, Mac 02, 2011 |
As salam...

S
ebut je bawang putih, tentu ramai yang terbayangkan masakan...bila ditambah bawang putih dengan bawang merah, maka teringatkan cerita penglipur lara...Tetapi apa yang nak aku ceritakan dalam entri kali ini ialah bawang putih yang menyedapkan masakan kita. Keistimewaan bawang putih ini selain menyedapkan masakan, ia juga digunakan sebagai ubat. Selain mengandungi antibiotik, antikolesterol dan antiradang, ia juga mengandungi enzim yang melawan barah. Namun begitu penyediaannya harus betul supaya ia benar-benar berkhasiat sebagai ubat, bukan sekadar mencampurkan je. Bawang putih itu perlu dihiris atau ditumbuk, biarkan selama 10 minit sebelum digunakan dalam masakan. Wallahhualam

LAST MINUTE

Pak Teh | Selasa, Mac 01, 2011 |
As salam...

P
elik...pelik...memang pelik manusia ni...dah bagi kemudahan tak dihargai...dahlah dibagi diskaun, pastu diberi lak tempoh untuk membayarnya...tapi masih menyalahkan pihak berkuasa..bukannya perlu tuan punye badan hadir untuk bayar, wakil pun takpe, kalaulah takde masa dan sibuk sangat..sepatutnya kita bersyukur apa kemudahan dan kelonggaran yang kita dapat walaupun kita telah menyalahi undang-undang...Jika kita taknak disaman, mudah je, jangan lakukan perbuatan yang melanggar undang-undang dan peraturan...cuma aku bersimpati dengan orang yang didenda yang  bukan perbuatan mereka...aku pun pernah kena tapi nasib aku baik kerana aku dapat buktikan yang aku dan kereta aku tak berada di tempat tersebut... apapun yang boleh aku katakan dalam hal ini ialah tentang sikap...sikap suka buat keje LAST MINUTE..bila dah last minute, kita kena terima risikonya, jangan salahkan orang lain...Fikir-fikirkan

Next previous home