Dengan izinNya, insyaAllah dalam beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2011 Masehi (sengaja aku letak Masehi sebab ada mende aku nak citer nanti)...dan setiap kali menjelang tahun baru akan berlakulah 3 perkara ni...sambutan detik 12 tengah malam, ucapan tahun baru dan masing-masing sibuk dengan azam tahun baru...
Apa yang nak luahkan rasa hatiku tentang isu di atas, pertama..sambutan detik 12 tengah malam...aku ni bukanlah alim sangat tapi aku secara peribadi terasa janggal bila kita umat Islam menyambut tahun baru Masehi iaitu kalendar Nasrani....secara tak langsung kita mengiktiraf kaum Nasrani, tambahan bila menyambut tu pulak bercampur gaul antara lelaki dan perempuan...teringat aku salah satu soklan yang dikemukakan oleh Rasulullah saw kepada Iblis sewaktu Allah saw memerintah Malaikat menyuruh Iblis berjumpa Rasulullah saw..Baginda bertanya kepada Iblis, "Wahai Iblis, di manakah tempat kamu berkumpul?" Jawab Iblis, " Ya nabi Allah, tempat kami berkumpul ialah tempat di mana terdapat orang ramai seperti tempat-tempat pesta asalkan di sana lelaki dan perempuan bercampur gaul dengan bebas".
Jadi banyaklah perkara yang tak elok berlaku pada malam tu kerana Iblis dan tenteranya pun sama hadir malam tu...tak payahlah aku nyatakan perkara2 tak elok tu..apa kata mulai tahun ni kekawan berazam tidak lagi mahu menyertai sambutan tu...orang kata kalau dah gian sangat, tengok je kat tv...memanglah kurang ummpph nya tetapi secara tak langsung kita tak bersama dalam perhimpunan tu, itu lebih baik..apa kata yang ini kita jadikan azam...
Aku memang sedia maklum, hidup kita berinteraksi dengan dunia luar...tapi apa salahnya kita mengiktiraf kalendar Masehi hanya sebagai tujuan berinteraksi dengan dunia luar dalam urusan seharian, bukan kita meraikannya...yang patut kita raikan ialah sambutan Maal Hijrah, tahun baru Islam..
Begitu juga dengan azam tahun baru, sepatutnya azam tahun baru kita buat semasa awal Muharram bersama-sama dengan membaca doa awal tahun Hijrah...
Pasal ucapan lak, pada aku, memadailah kita membalas ucapan tahun baru jika ada orang yang wish..elakkan kita yang memulakan..
Mungkin ramai kekawan yang kurang setuju dengan apa yang aku perkatakan di atas tadi..tapi itulah apa yang aku rasakan..kita perlu buat sesuatu...kita perlu berhijrah, sekurang-kurangnya untuk diri kita dan keluarga kita..jadikan azam tahun baru kita...
Soalan Rasulullah saw kepada Iblis merujuk kepada buku "Rasulullah saw bertanya iblis menjawab"
6 ulasan:
nice info....
Betul2 setuju sgt.. azam tahun baru aku nak ramai kawn2 blogger.. hehehehe
azam yg dibuat pd Maal Hijrah bukannya pd Tahun Masehi
azam kene lebih spEsifik..
semoga bertambah kawan
ALL IN ONE
tahnia jadi polis trefik kat blog BA
sambil berazam... jom join GA trex... :)
good info...tq..
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH