Kekadang aku berasa pelik gak bila orang Melayu berkomunikasi, bila bercakap dalam bahasa orang putih selalu diakhiri dengan PLEASE...setahu aku please tu bermaksud tolong...Ironinya bila bercakap dalam bahasa Melayu takde pulak perkataan tolong tu...Adakah penggunaan "please" tu merupakan style bercakap? atau nak sedapkan lagi bunyi tu supaya bunyi lebih lembut dan manja? Atau adakah bila digunakan perkataan tolong dalam ayat Melayu menjadikan janggal, walaupun membawa maksud yang sama dengan please!....Memang aku tau ada orang Melayu berkomunikasi menggunakan perkataan tolong, tapi tak semua terutamanya melibat percakapan dengan dengan orang bawahan atau lebih muda usia...Dah lama aku fikirkan perkara ni, akhirnya alhamdulillah aku terjumpa jawapannya, bila aku terbaca sebuah buku bertajuk Keramat Sebuah Hati karya Mohammad Qayyum A. Badaruddin.. ini petikannya...
KATA LUQMAN TENTANG AKAL DAN HATI: Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan. Akal memproses logik. Hati memproses emosi. Akal dan logik menghasilkan tahu. Hati dan emosi mencetuskan kemahuan manusia.
Apabila kita meminta sesuatu dari orang lain dengan menyebut "Saufi, buka pintu tu", ia adalah arahan kepada akal. Apabila akal memahami arahan tersebut, ia akan memberikan kefahaman tentang reaksi dan tindakan yang sepatutnya diambil terhadap arahan itu. Namun arahan itu hanya dipedulikan oleh akal, walaupun boleh difahami, ia mungkin tidak mencetus mahu. Arahan itu tidak mengambil kira soal hati. Sedangkan kemahuan datang dari hati.
Bagaimana kalau ayat yang sama diungkap dengan cara yang lebih sopan, seperti "Saufi, tolong bukakan pintu tu. Terima kasih." Bagaimanakah perasaan dan kesediaan kita untuk bekerjasama dengan permintaan yang sedemikian rupa, berbanding arahan pertama? Saya yakin, kita lebih bersungguh dan berkemahuan untuk memenuhi permintaan itu kerana perkataan "buka pintu" memberitahu akal, manakala perkataan "tolong" dan "terima kasih" menggerakkan hati.
Ketika Luqman menasihati anaknya, beliau mulakan dengan ungkapan nasihat itu dengan lafaz " Ya Bunayya" (wahai anak ku sayang). Ia adalah lafaz akal dan hati. Luqman tidak bersikap angkuh terhadap anaknya atas status dirinya sebagai bapa. Malah kuasa kasih sayang dan bahasa yang diungkapkan, menjadikan nasihat itu lebih berkesan dan penuh hikmah.
Manusia tidak bertindak berdasarkan apa yang dia tahu (akal), tetapi manusia bertindak berdasarkan apa yang dia mahu (hati). Jangan hanya mengeluarkan arahan, tetapi manfaatkan fitrah manusia yang ada perasan
SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN
2 ulasan:
terima kasih dgn info ni:)
sama-sama izyan...harap dapat panjangkan info ini
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH