Dalam kita tiap hari mengadap komputer, mungkin ada yang tak tau apakah yang berlaku sebenarnya bila kita menekan kunci keyboard...kalau menggunakan type writer (mungkin ada yang tak pernah guna type writer) kita tau dengan mata kasar bila tekan kunci huruf W akan tertulis pada kertas tu huruf W. Tetapi pada komputer adakah perkara sama yang berlaku? Dalam entri aku kali ni, aku ingin berkongsi info dengan kekawan yang tidak begitu faham tentang hal ini.
Komputer sebenarnya hanya mampu menyimpan dan memproses data. Ia tidak berfikir tetapi hanya menjalankan arahan yang diberikan kepadanya. Arahan yang dipanggil ataurcara/program yang dibuat oleh pengaturcara. Komputer hanya memahami bahasa binari (hanya guna digit 0 dan 1 sahaja) dan kemudiannya ia memproses data itu untuk menghasilkan output yang difahami oleh bahasa manusia yang dipaparkan di skrin atau pencetak.
Apabila kita menekan kunci di keyboard, karakter tersebut secara automatik akan bertukar kepada satu siri denyutan elektronik. CPU akan mengenalpasti denyutan ini.
Sebagai contoh, apabila kita tekan kunci huruf W di keyboard, ia akan menyebabkan isyarat elektronik di hantar ke CPU, kemudiannya CPU menukarkannya kepada nilai ASCH (kod binari) iaitu 01010111. (setiap nombor, abjad dan simbol khas dipanggil aksara, dan setiap aksara diwakili oleh 1 bait ( 1 bait = 8 bit)..ini bermakna setiap aksara mempunyai kod binari yang terdiri kombinasi 8 digit 0 dan 1.
Diharap kekawan faham penerangan ringkas di atas...InsyaAllah
Disunting daripada estidotmy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH