Rezeki ada di mana-mana....kata orang, ulat di batupun boleh hidup...yang penting rezeki tu halal, bukan setakat dapatnya secara halal tetapi sumber rezeki tu pun mesti halal...aku difahamkan rezeki yang tak halal yang menjadi darah daging kita, salah satu kesannya, doa kita tidak diterima oleh Allah swt..
Kalau kat Malaysia ni melimpah luah sumber rezeki, kalau tak takkan berjuta PATI mencari rezeki kat Malaysia...kekadang tu terasa hairan gak bila ada yang mengatakan susah nak cari keje..susahnya bila kita terlalu memilih pekerjaan...
Sebagai renungan, aku nak kongsi cerita pasal rezeki ada di mana-mana.. kisah Ibrahim Adhan
Kisahnya berlaku apabila dia penat memburu, dia duduk sambil memotong roti bekalannya. Tiba-tiba hinggap seekor burung sebesar burung gagak di depannya mematuk rotinya terus membawanya terbang. Ibrahim berasa hairan dan terperanjat dengan kejadian itu; serta merta mengikuti burung itu hingga ke sebuah lereng gunung.
Ibrahim melihat seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangannya. Setelah ikatan itu dilepaskan, lelaki itu menceritakan kejadian yang menimpanya.
"Saya adalah pedagang yang dirompak oleh sekumpulan penyamun dan diikat selama tujuh hari, maka burung itu datang kepada saya membawa roti setiap hari. Dengan demikian tahulah saya bahawa Allah swt tidak akan meninggalkan hambaNya kelaparan", kata lelaki itu.
Setelah kejadian itu, Ibrahim terus bertaubat dan menyerahkan segala hak miliknya kepada Allah swt dan menuju ke Makkah tanpa membawa bekal sedikit pun, tetapi dia tidak berasa lapar dalam perjalanan hingga masuk ke kota Makkah dan bersyukur kepada Allah swt
Sumber: Cerita serta Doa
Sumber: Cerita serta Doa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH