Manusia ni pelbagai ragam...ada yang cepat sedih, ada yang lambat datangnya sedih, ada yang sentiasa sedih dan ada yang tak tau langsung bersedih...Apapun kategori kekawan, yang penting kekawan JANGAN BERSEDIH..
Untuk renungan kekawan, aku petik dari buku Don't be sad karya Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni dalam mengatakan mengenai "jangan bersedih"
JANGAN BERSEDIH; kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun. Ketika anak anda gagal dalam ujian dan anda bersedih kerananya, apakah kemudiannya ia akan lulus kerana kesedihan itu? Ketika bapa anda meninggal dunia dan anda bersedih, apakah kemudiannya ia akan hidup kembali? Ketika perniagaan anda mengalami kerugian dan kemudian anda bersedih, apakah kemudiannya kerugian itu akan berubah menjadi keuntungan?
JANGAN BERSEDIH; kerana kesedihan anda terhadap sesuatu musibah, akan menciptakan berbagai musibah lainnya. Ketika anda bersedih kerana kemiskinan atau kesengsaraan yang anda alami, bukankah kesedihan itu hanya akan menambahkan kesusahan anda? Ketika anda bersedih kerana cercaan musuh-musuh anda, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan dan menambah semangat mereka untuk menyerang anda. Atau, ketika anda mencemaskan terjadinya sesuatu yang tidak anda sukai, ia akan mudah terjadi pada anda.
JANGAN BERSEDIH; kerana kesedihan anda itu akan membuatkan rumah yang luas, isteri yang cantik, harta yang melimpah, kedudukan yang tinggi, dan anak-anak yang cerdas, semuanya tidak akan terasa manfaatnya sedikit pun.
JANGAN BERSEDIH; kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang segar terasa pahit, dan sekuntum bunga mawar yang indah kelihatan layu, kebun yang menghijau kelihatan seperti gurun pasir yang gersang, dan kehidupan dunia terasa bagai di penjara.
JANGAN BERSEDIH; kerana anda masih memiliki dua mata, dua telinga, dua bibir, dua tangan dan dua kaki, lidah dan hati, kedamaian, keamanan dan kesihatan tubuh badan.
JANGAN BERSEDIH; kerana anda masih memiliki agama yang anda yakini kebenarannya, mempunyai rumah sebagai tempat tinggal, roti untuk dimakan, air untuk diminum, pakaian untuk dipakai, dan isteri yang anda cintai. MENGAPA HARUS ANDA BERSEDIH?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH