"Anak derhaka kau...tak bau syurga nanti!"...mintak jauhkan kata-kata ini keluar dari mulut ibu-bapa..ironinya adakah kata-kata ini diucapkan anak-anak kita telah diberi ilmu yang cukup..kalau tidak, tak hairanlah boleh menjadi anak yang derhaka...dalam entri aku kali ini, aku cuba berkongsi dengan kekawan yang mempunyai anak atau yang masih ada ibubapa atau yang bakal jadi ibubapa..sama-samalah kita ingat mengingat...
Sabda Rasullullah SAW, marhumnya: "Adakah tidak aku beritahu kepada kamu tentang sebesar-besar dosa?" Baginda mengulanginya tiga kali. Kami berkata, "Bahkan tidak, ya Rasullullah." . Sabda baginda, "Syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua ibubapa."
Derhaka kepada ibubapa bermaksud melakukan maksiat, menentang dan tidak melaksanakan hak-hak mereka. Di antara perbuatan derhaka ialah:
1) Anak memandang dengan tajam kepada ibubapa ketika marah
2) Anak memandang dirinya sama dengan ibubapanya
3) Anak mengagungkan dirinya tidak mahu menghormati ibubapa
4) Anak tidak mahu atau malu untuk dikenali dengan nama bapanya. Apalagi jika anak itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.
5) Anak tidak melaksanakan hak dengan memberikan nafkah kepada kedua ibubapanya yang fakir; sehinggakan keduanya terpaksa mengadu kepada hakim agar anak menunaikan kewajipan memberikan nafkah kepada mereka berdua.
6) Anak mengatakan "Ah" (membentak) kedua ibubapanya, termasuklah "huh", "Bisinglah mak ni!!"
7) Merasa jemu terhadap kedua ibubapa, menyombongkan diri dan menegur keduanya dengan kata-kata yang menyakitkan, melukai perasaan atau menghina dan juga meninggikan suara.
Sabda Rasullullah SAW, marhumnya: "Ada tiga jenis orang yang diharamkan oleh Allah SWT untuk memasuki syurga iaitu peminum arak, orang yang derhaka kepada kedua ibubapanya dan orang hina yang menempatkan keburukan di dalam keluarganya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH