Bila sampai hari Jumaat, penghulu segala hari, ramai kaum lelaki tak sabar nak menunaikan solat Jumaat, solat wajib kepada semua muslimin yang cukup syarat..Tapi kadangkala mereka tak sedar, pergi solat Jumaat tidak mendapat pahala Jumaat..kenapa jadi gitu yer? Jadi aku nak kongsi info ini berdasarkan ceramah yang aku hadir tetapi aku minta maaf jika info ini kurang tepat, maklum jelah..kekadang apa yang kita faham tak sama dengan apa yang hendak disampaikan..oleh itu kalau kurang yakin rujuklah kepada yang arif..Mungkin info ini dapat membantu kaum muslimin dapat mengerjakan solat Jumaat dan mendapat pahala Jumaat..para isteri tu tolong sampaikan kepada para suami...para ibu kepada anak-anak lelaki..
1. Jika seseorang itu datang ke masjid setelah Khatib memberi salam sebelum memulakan khutbah, orang itu dikatakan hanya dapat pahala hadir sahaja. Maksudnya, para jemaah hendaklah hadir sebelum azan supaya dapat melakukan solat sunat tahiyattul masjid dan solat sunat kabliyah, di samping dapat mengerjakan solat Jumaat yang lengkap, insyaAllah.
2. Jika sekiranya kelewatan memang tak disengajakan, bila masuk sahaja ke masjid, janganlah sibuk hendak melakukan solat sunat kerana mendengar khutbah adalah wajib. Jadi kita kenalah faham mana yang wajib dan mana yang sunat. Sepatutnya terus duduk mendengar khutbah.
3. Memang ada mengatakan apabila kita cukup syarat musafir, kita tidak diwajibkan solat Jumaat tetapi ada syarat tambahan keluar dari rumah sebelum azan subuh. Ini bermakna apabila kita keluar rumah selepas azan subuh, kita kena solat Jumaat di masjid yang kita sampai semasa perjalanan musafir itu.. Wallahhualam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH