Mungkin ramai yang dah tau...mengikut kajian peratusan membaca buku di kalangan rakyat Malaysia memang terlalu rendah...tambahan apabila telah meninggalkan alam persekolahan...kalau adapun suka membaca majalah hiburan, terutama membaca majalah yang mengandungi citer-citer gossip, citer tentang mengaibkan orang...secara tak langsung bersubahat dengan unsur-unsur fitnah...tak heranlah di Malaysia industri buku sangat malap terutama buku-buku berbentuk ilmu dan ilmiah...bila ditanya pelbagai alasan diberi kenapa tidak membaca buku berbentuk demikian..tapi semenjak adanya peluasan paltform elektronik, kini bahan bacaan juga telah dibangunkan dalam bentuk capaian secara dalam talian.
Dikenai sebagai e-buku, ia merupakan medium penyampaian maklumat secara data elektronik. Peranti e-buku ini didatangkan dalam bentuk segi empat, sama seperti saiz buku serta mempunyai skrin paparan luas selain akses kepada rangkai Wi-Fi. Kelebihan e-buku adalah ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana serta saiz storannya yang besar, mampu memuatkan pelbagai jenis buku seperti kamus, fiksyen, buku teks dan buku rujukan. Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu mencari pautan judul buku yang diinginkan menerusi akses internet. Kandungan buku-buku itu kemudiannya boleh dimuat turun dalam bentuk fail format pdf untuk kemudahan bacaan terus oleh pengguna.
Aku rasa dengan adanya e-buku ini peratusan membaca dapat ditingkatkan dan aku tak heran kalau satu hari nanti murid-murid sekolah hanya membawa 1 unit e-buku ke sekolah menggantikan buku-buku teks yang sedia ada...jadi tak timbullah masalah terlalu berat murid-murid membawa buku teks ke sekolah, yang sampai sekarang masih belum ada penyelesaian... Fikir-fikirkan
Sumber: estidotmy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH