SALAM MAAL HIJRAH 1438H

ALAMAK! LUPA LAGI...

Pak Teh | Jumaat, Oktober 29, 2010 |
"K
enapalah aku ni mudah sangat lupa
!" ....Kata-kata yang selalu diucapkan orang terutamanya yang dah berusia....Memang secara semulajadinya daya ingatan seseorang akan berkurangan apabila usia meningkat...Mengikut setengah pendapat, daya ingatan ini akan lebih cepat lemah jika:

 
- Makan kepala ikan

- Makan organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
- Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar  dan berhenti sebelum kenyang).
- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum selesai makan.

Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat pada bahagian kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil 'dopamin' akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan menjadi lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.....Wallahhu'alam


:

TIDUR YANG DITUNTUT

Pak Teh | Khamis, Oktober 28, 2010 |
K
ebetulan malam ini malam Jumaat, rasanya elok dimulakan malam ni dengan tidur yang dituntut iaitu tidur mengikut sunnah Nabi..terutamanya kepada kekawan yang tidurnya belum cukup sempurna seperti yang dituntut..Oleh itu dalam entri kali ini aku sertakan info mengenai  tidur mengikut sunnah Nabi yang aku panjangkan daripada blog http://nurjeehan.wordpress.com/  (tanpa diedit)


SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

MANDI SONGSANG

Pak Teh | Khamis, Oktober 28, 2010 |
K
alau sebut pasal mandi, tentu sesuatu perkara biasa kerana itulah yang berlaku setiap hari pada diri kita..masa bayi dan awal kanak-kanak kita dimandikan sehinggalah kita pandai mandi sendiri...kita yang tinggal di kawasan panas ni biasanya mandi 3 kali sehari, maklum jelah badan kita cepat berpeluh, peluh yang boleh memerangkap kotoran...mandi tu pulak macam-macam cara, ada yang mandi guna gayung, ada yang mandi guna shower, ada yang suka guna tub, dan paling sempoi mandi dengan terjun dalam sungai....apapun cara mandi, majoritinya mandi dengan menjirus bahagian kepala dahulu...tetapi ada pendapat mengatakan mandi cara ini akan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan badan terutamanya sistem saraf dan edaran darah di bahagian kepala..Oleh itu satu alternatif cara mandi yang dikatakan sebagai kaedah terapi yang memberi kesan lebih hebat ialah MANDI SONGSANG. Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)


Apakah kelebihan mandi songsang?
1) Menjadikan pengamalnya awet muda dan  sentiasa fresh.
2) Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3) Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4) Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5) Melancarkan perjalanan darah.
6) Meninggikan daya ingatan.
7) Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
8) Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
9) Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
10) Memiliki daya ketahanan mental.
       dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.

Wallahhu'alam....SELAMAT MENCUBA

Sumber: jomlayan.com

BAHASA KOMPUTER

Pak Teh | Rabu, Oktober 27, 2010 |
Dalam kita tiap hari mengadap komputer, mungkin ada yang tak tau apakah yang berlaku sebenarnya bila kita menekan kunci keyboard...kalau  menggunakan type writer (mungkin ada yang tak pernah guna type writer) kita tau dengan mata kasar bila tekan kunci huruf W akan tertulis pada kertas tu huruf W. Tetapi pada komputer adakah perkara sama yang berlaku? Dalam entri aku kali ni, aku ingin berkongsi info dengan kekawan yang tidak begitu faham tentang hal ini.

Komputer sebenarnya hanya mampu menyimpan dan memproses data. Ia tidak berfikir tetapi hanya menjalankan arahan yang diberikan kepadanya. Arahan yang dipanggil ataurcara/program yang dibuat oleh pengaturcara. Komputer hanya memahami bahasa binari (hanya guna digit 0 dan 1 sahaja) dan kemudiannya ia memproses data itu untuk menghasilkan output yang difahami oleh bahasa manusia yang dipaparkan di skrin atau pencetak.
Apabila kita menekan kunci  di keyboard, karakter tersebut secara automatik akan bertukar kepada satu siri denyutan elektronik. CPU akan mengenalpasti denyutan ini.
Sebagai contoh, apabila kita tekan kunci huruf W di keyboard, ia akan menyebabkan isyarat elektronik di hantar ke CPU, kemudiannya CPU menukarkannya kepada nilai ASCH (kod binari) iaitu 01010111. (setiap nombor, abjad dan simbol khas dipanggil aksara, dan setiap aksara diwakili oleh 1 bait ( 1 bait = 8 bit)..ini bermakna setiap aksara mempunyai kod binari yang terdiri kombinasi 8 digit 0 dan 1.
Diharap kekawan faham penerangan ringkas di atas...InsyaAllah

Disunting daripada estidotmy

post signature

ETIKA MAKAN

Pak Teh | Rabu, Oktober 27, 2010 |
Kadangkala disebabkan kita terlalu terdedah dengan etika atau style makan cara barat, kita hampir terlupa etika makan ikut sunnah Nabi

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya." (Hadis riwayat Imam Muslim).

    1.    Mulakan makan dengan mengucap Bismillah
    2.    Gunakan tangan kanan
    3.    Mengakhiri makan dengan pujian kepada Allah
    4.    Makan mengguna tiga jari kanan
    5.    Menjilat jari jemari sebelum mencuci tangan
    6.    Apabila ada makanan yang terjatuh, maka hendaklah bersihkan bahagian yang kotor, kemudian memakannya
    7.    Jangan meniup makanan yang panas
    8.   Hindarkan makan terlalu kenyang
    9.   Mulakan makan makanan yang paling dekat, jika berbeza barulah ambil yang jauh
   10.  Mulakan makan dengan mempersilakan dahulu orang yang lebih tua dan mempunyai darjat yang lebih tinggi
   11.  Makan secara berjemaah
   12.  Makan sambil bersandar adalah makruh
   13.  Mulakan makan makanan yang dalam bekas dari tepi, dilarang mulakan dari tengah

          Wallahhu'alam

post signature

BETUL KE TANDAS BERSIH MENJADI PILIHAN KITA?

Pak Teh | Ahad, Oktober 24, 2010 |
Kalau ditanya sudah tentu semua orang akan menjawab memilih tandas yang bersih dan selesa..jadi tak heranlah ramai yang memastikan tandas di rumah berada dalam keadaan bersih lagi selesa...sehinggakan ada yang sampai tahap boleh dijadikan bilik tidur...tetapi masih ramai yang lupa ada aspek yang lebih penting dari itu...iaitu kedudukan tubuh kita semasa membuang air besar atau buang air kecil...camne tu?

Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,

إِذَا أَتَيْتُمُ الْغَائِطَ فَلَا تَسْتَقْبِلُوْا الْقِبْلَةَ وَلَا تَسْتَدْبِرُوْهَا بَبَوْلٍ وَلَا غَائِطٍ
"Jika kalian mendatangi tempat pembuangan air, maka janganlah menghadap kiblat, dan jangan pula membelakanginya saat kencing, maupun berak". [HR. Al-Bukhoriy (394), dan Muslim (264)]
Kiblat adalah syi’ar ibadah bagi kaum muslimin yang harus dimuliakan sesuai tuntunan Allah dan Rasul-Nya . Di antara bentuk pemuliaan Kiblat, seorang dilarang menghadap kiblat saat buang air besar, maupun kecil atau meludah ke arah kiblat.

Oleh itu sepatutnya kita memberi perhatian yang serius tentang rekabentuk tandas di rumah kita supaya semasa kita membuang air besar/kecil tidak menghadap atau membelakangi kiblat...fikir-fikirkan
post signature

HAYATILAH...

Pak Teh | Sabtu, Oktober 23, 2010 |
Lupakan fahaman politik kita, tambahan kalau kita terlalu taksub... demi survival orang Melayu .... cuba hayati petikan ucapan pemimpin kita..(walaupun bukan pemimpin fahaman politik kita, tetapi dia tetap pemimpin kerana kita bernaung di bawah kerajaan pemerintahan beliau...Wallahhualam)


"Nilai orang Melayu, padat diwarnai dengan hala cara wasatiyah atau pertengahan. Merujuk para ulama tafsir, disyarahkan bahawa, umat wasatiyah secara tuntasnya adalah umat yang adil lagi berdaya maju, bekerja keras untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat"

post signature

SEDIH........

Pak Teh | Jumaat, Oktober 22, 2010 |
Manusia ni pelbagai ragam...ada yang cepat sedih, ada yang lambat datangnya sedih, ada yang sentiasa sedih dan ada yang tak tau langsung bersedih...Apapun kategori kekawan, yang penting kekawan JANGAN BERSEDIH..
Untuk renungan kekawan, aku petik dari buku  Don't be sad karya Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni dalam mengatakan mengenai "jangan bersedih"



JANGAN BERSEDIH; kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun. Ketika anak anda gagal dalam ujian dan anda bersedih kerananya, apakah kemudiannya ia akan lulus kerana kesedihan itu? Ketika bapa anda meninggal dunia dan anda bersedih, apakah kemudiannya ia akan hidup kembali? Ketika perniagaan anda mengalami kerugian dan kemudian anda bersedih, apakah kemudiannya kerugian itu akan berubah menjadi keuntungan?
JANGAN BERSEDIH; kerana kesedihan anda terhadap sesuatu musibah, akan menciptakan berbagai musibah lainnya. Ketika anda bersedih kerana kemiskinan atau kesengsaraan yang anda alami, bukankah kesedihan itu hanya akan menambahkan kesusahan anda? Ketika anda bersedih kerana cercaan musuh-musuh anda, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan dan menambah semangat mereka untuk menyerang anda. Atau, ketika anda mencemaskan terjadinya sesuatu yang tidak anda sukai, ia akan mudah terjadi pada anda.
JANGAN BERSEDIH; kerana kesedihan anda itu akan membuatkan rumah yang luas, isteri yang cantik, harta yang melimpah, kedudukan yang tinggi, dan anak-anak yang cerdas, semuanya tidak akan terasa manfaatnya sedikit pun.
JANGAN BERSEDIH; kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang segar terasa pahit, dan sekuntum bunga mawar yang indah kelihatan layu, kebun yang menghijau kelihatan seperti gurun pasir yang gersang, dan kehidupan dunia terasa bagai di penjara.
JANGAN BERSEDIH;  kerana anda masih memiliki dua mata, dua telinga, dua bibir, dua tangan dan dua kaki, lidah dan hati, kedamaian, keamanan dan kesihatan tubuh badan.
JANGAN BERSEDIH; kerana anda masih memiliki agama yang anda yakini kebenarannya, mempunyai rumah sebagai tempat tinggal, roti untuk dimakan, air untuk diminum, pakaian untuk dipakai, dan isteri yang anda cintai. MENGAPA HARUS ANDA BERSEDIH?

post signature

SOLAT YANG BERMANFAAT (Part 1)

Pak Teh | Khamis, Oktober 21, 2010 |
Rasanya memang ramai yang dah tau, solat lima waktu merupakan satu kewajipan orang Islam yang mempunyai banyak hikmahnya termasuklah aspek kesihatan. Bayangkan kalau kita mengerjakan solat lima waktu sehari dengan solat sunat kabliyah dan bakdiyah dan solat sunat yang lain...entah berapa kali kita rukuk dan sujud...perlakuan yang berupa senaman kepada tubuh badan...Melalui kajian saintifik juga telah membuktikan solat sangat memberi manfaat dalam kesihatan tubuh badan...cuma kita kena pastikan perbuatan dalam solat itu dilakukan dengan betul...betul yang macam mana? Adakah betul hanya setakat solat kita sah? Memang ramai yang sah solatnya dari segi perbuatan tetapi masih ada yang melakukannya kurang sempurna..kesannya kurang memberi manfaat dalam aspek kesihatan..
Untuk entri kali ini aku fokus kepada perlakuan rukuk iaitu satu perlakuan seolah-olah melakukan senaman regangan pada bahagian pinggang..apa yang aku fahami, rukuk yang sempurna ialah dengan meletakkan tapak tangan pada lutut dengan keadaan badan bersudut tepat dengan kaki...secara mudah, badan kita mendatar sepenuhnya...tetapi ada juga setengah orang yang cuba memastikan badannya mendatar dengan meletakkan tangan pada tulang kering atau bawah lutut (aku rasa cara ini tidak betul)....bukan itu sahaja, semasa rukuk sepatutnya kita memandang pada tempat sujud bukannya pandang ke bawah...apabila perlakuan rukuk kita betul, barulah memberi manfaat dalam konteks kesihatan..Wallahhualam


post signature

11 TANDA KEBAHAGIAAN

Pak Teh | Khamis, Oktober 21, 2010 |
Kalau dalam entri sebelum ini menceritakan 11 tanda kecelakaan, entri ini pula 11 TANDA KEBAHAGIAAN, iaitu

1.   Tidak kasih kepada dunia (zuhud) dan cinta kepada akhirat
2.   Sentiasa ingin beribadat dan membaca Al-Quran
3.   Sedikit berbicara mengenai hal yang tidak perlu
4.   Sentiasa memelihara solat lima waktu
5.   Warak terhadap barang haram dan syubahat, sedikit atau banyak
6.   Bersahabat dengan orang yang baik-baik
7.   Bersikap tawaduk, tidak sombong
8.   Dermawan lagi pemurah
9.   Bersifat belas kasih terhadap makhluk yang dicintai Allah swt
10. Menjadi orang yang bermanfaat bagi makhluk
11. Banyak mengingati mati

Tambiihul Ghaafilin

post signature

11 TANDA KECELAKAAN

Pak Teh | Rabu, Oktober 20, 2010 |
      Terdapat 11 tanda kecelakaan iaitu:

      1.   Rakus dalam mengumpulkan harta
      2.   Keinginan hanya untuk memuaskan syahwat dan
            mencari keenakan dunia
      3.   Ucapannya kotor dan suka memburukkan orang
      4.   Meremehkan solat lima waktu
      5.   Bergaul dengan orang-orang yang berbuat dosa
      6.   Buruk budi pekertinya
      7.   Berlaku bongkak dan sombong
      8.   Tidak memberi manfaat kepada manusia
      9.   Sedikit belas kasih terhadap orang-orang yang beriman
      10. Kikir
      11. Tidak ingat mati

                                       Tambiihul Ghaafilin

MENJAHIT LEBIH BAIK DARIPADA BERIBADAT

Pak Teh | Selasa, Oktober 19, 2010 |
Kebelakangan ini kita memang jarang jumpa kaum ibu menjahit pakaian untuk suami dan anak-anak..Maklum jelah zaman dah berubah...kaum ibu ramai yang bekerjaya..pakaianpun dah banyak dijual...nak mahal, nak murah..nak berjenama, semuanya ada...janji ada fulus...tunjuk dan pilih jer...Walaupun setengah orang mengatakan perkara ini remeh temeh tetapi aku nak berkongsi info fasal menjahit dengan kekawan terutamanya  kaum ibu..

Diriwayatkan bahawa Salman Al-Farsi berkata:
Rasullullah saw bersabda kepada anaknya Fatimah ,"Hai anakku, sejam duduk menjahit adalah lebih baik bagi wanita daripada beribadat setahun dan Allah swt akan mencatat bagi mereka pahala seorang syahid untuk setiap jenis pakaian yang dirajut, ditenun dan dijahit."

"Hai anakku, orang yang menjahit pakaian untuk suaminya dan anak-anaknya akan masuk syurga dan diberi Allah swt kota di syurga sebanyak bilangan tiap orang yang memakai pakaian daripada hasil kerjanya."

Sumber: Cerita serta Doa


CARA KEMATIAN

Pak Teh | Selasa, Oktober 19, 2010 |
Kalau kita tengok gambar, tentu ramai mengatakan pemandu itu mati. Maklum jelah kereta tu remuk melanggar pokok..Ironinya, pemandu itu keluar dengan selamat dari kereta tu, dalam beberapa meter dia bergerak, tiba-tiba pokok yang dilanggar tadi tumbang dan menghempap pemandu tadi dan dia mati...
Jadi apa yang nak aku ceritakan ialah pemandu itu tidak mati disebabkan keretanya remuk melanggar pokok tetapi mati disebabkan dihempap pokok...Oleh itu apabila seseorang itu selamat dari satu cara kematian, dia akan mati dengan cara yang lain...mengikut sebuah kitab, ada 99 cara kita mati..yang pasti satu cara kematian disebabkan oleh usia tua...Oleh itu berdoalah kita agar kematian kita dalam cara yang baik...Fikir-fikirkan

HAPPY ANNIVERSARY BUNGA RAYA

Pak Teh | Ahad, Oktober 17, 2010 |
Tahun ini genap 50 tahun bunga raya (hibiscus) dinobatkan sebagai bunga kebangsaan Malaysia....kira jubli emaslah tu..tapi aku rasa masih ramai yang tak kenal dekat dengan bunga raya ni..maka kata orang, tak kenal tak cinta...tulah salah satu sebab mengapa ramai orang Malaysia tidak menanamnya di rumah walaupun sebatang..sedangkan pokok bunga raya ini jenis yang  mudah tumbuh..bagi aku sebagai tanda kita sebagai rakyat Malaysia sebaiknya setiap rumah ada menanam pokok bunga raya..barulah nampak bunga raya tu menjadi bunga kebangsaan kita. Sebenarnya bunga raya ni mempunyai lebih daripada 220 spesis dan banyak tumbuh di negara-negara tropika dan separa tropika..bunga raya bukan setakat jadi hiasan tetapi boleh dijadikan campuran minuman dan ubat tradisional..
Mungkin ramai yang kurang tau, selain Malaysia, Korea Selatan juga  mengambil bunga raya sebagai bunga kebangsaan, cuma bezanya spesis yang berlainan. Malaysia menggunakan spesis "hibiscus rosa-sinensis" manakala Korea Selatan menggunakan spesis "hibiscus syriacus" .

Malaysia
Korea Selatan
       

1

2

3
4

5

6


CUTI BERSALIN

Pak Teh | Ahad, Oktober 17, 2010 |
SILA KOMEN DENGAN MENEKAN "REPLY"

KISAH IBRAHIM ADHAN

Pak Teh | Ahad, Oktober 17, 2010 |
Rezeki ada di mana-mana....kata orang, ulat di batupun boleh hidup...yang penting rezeki tu halal, bukan setakat dapatnya secara halal tetapi sumber rezeki tu pun mesti halal...aku difahamkan rezeki yang tak halal yang menjadi darah daging kita, salah satu kesannya, doa kita tidak diterima oleh Allah swt..
Kalau kat Malaysia ni melimpah luah sumber rezeki, kalau tak takkan berjuta PATI mencari rezeki kat Malaysia...kekadang tu terasa hairan gak bila ada yang mengatakan susah nak cari keje..susahnya bila kita terlalu memilih pekerjaan...
Sebagai renungan, aku nak kongsi cerita pasal rezeki ada di mana-mana.. kisah Ibrahim Adhan

Kisahnya berlaku apabila dia penat memburu, dia duduk sambil memotong roti bekalannya. Tiba-tiba hinggap seekor burung sebesar burung gagak di depannya mematuk rotinya terus membawanya terbang. Ibrahim berasa hairan dan terperanjat dengan kejadian itu; serta merta mengikuti burung itu hingga ke sebuah lereng gunung.
Ibrahim melihat seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangannya. Setelah ikatan itu dilepaskan, lelaki itu menceritakan kejadian yang menimpanya.
"Saya adalah pedagang yang dirompak oleh sekumpulan penyamun dan diikat selama tujuh hari, maka burung itu datang kepada saya membawa roti setiap hari. Dengan demikian tahulah saya bahawa Allah swt tidak akan meninggalkan hambaNya kelaparan", kata lelaki itu.
Setelah kejadian itu, Ibrahim terus bertaubat dan menyerahkan segala hak miliknya kepada Allah swt dan menuju ke Makkah tanpa membawa bekal sedikit pun, tetapi dia tidak berasa lapar dalam perjalanan hingga masuk ke kota Makkah dan bersyukur kepada Allah swt

Sumber: Cerita serta Doa


MISSING HUSBAND...ALAHAI

Pak Teh | Jumaat, Oktober 15, 2010 |
 A woman went to police station to file a report for her missing husband:




Woman: I lost my husband
Inspector: What is his height
Woman: I never noticed
Inspector: Slim or healthy
Woman: Not slim can be healthy
Inspector: Color of eyes
Woman: Never noticed
Inspector: Color of hair
Woman: Should be black
Inspector: What was he wearing
Woman: I don't remember exactly
Inspector: Was somebody with him ?????????
Woman: Yes my Labrador dog (Romeo), tied with a golden chain, height 30 inches, healthy, blue eyes, blackish brown hair, his left foot thumb nail is slightly broken, he never barks, wearing a golden belt studded with blue balls, he likes non veg food, we eat together, we jog together.

The woman started crying

Inspector: Let's search for the dog first!!!!!!! !!!!!!


SOLAT JUMAAT YANG TAK DAPAT PAHALA JUMAAT

Pak Teh | Jumaat, Oktober 15, 2010 |
Bila sampai hari Jumaat, penghulu segala hari, ramai kaum lelaki tak sabar nak menunaikan solat Jumaat, solat wajib kepada semua muslimin yang cukup syarat..Tapi kadangkala mereka tak sedar, pergi solat Jumaat tidak mendapat pahala Jumaat..kenapa jadi gitu yer? Jadi aku nak kongsi info ini berdasarkan ceramah yang aku hadir tetapi aku minta maaf jika info ini kurang tepat, maklum jelah..kekadang apa yang kita faham tak sama dengan apa yang hendak disampaikan..oleh itu kalau kurang yakin rujuklah kepada yang arif..Mungkin info ini dapat membantu kaum muslimin dapat mengerjakan solat Jumaat dan mendapat pahala Jumaat..para isteri tu tolong sampaikan kepada para suami...para ibu kepada anak-anak lelaki..

1.  Jika seseorang itu datang ke masjid setelah Khatib memberi salam sebelum memulakan khutbah, orang itu dikatakan hanya dapat pahala hadir sahaja. Maksudnya, para jemaah hendaklah hadir sebelum azan supaya dapat melakukan solat sunat tahiyattul masjid dan solat sunat kabliyah, di samping dapat mengerjakan solat Jumaat yang lengkap, insyaAllah.
2.  Jika sekiranya kelewatan memang tak disengajakan, bila masuk sahaja ke masjid, janganlah sibuk hendak melakukan solat sunat kerana mendengar khutbah adalah wajib. Jadi kita kenalah faham mana yang wajib dan mana yang sunat. Sepatutnya terus duduk mendengar khutbah.
3.  Memang ada mengatakan apabila kita cukup syarat musafir, kita tidak diwajibkan solat Jumaat tetapi ada syarat tambahan keluar dari rumah sebelum azan subuh. Ini bermakna apabila kita keluar rumah selepas azan subuh, kita kena solat Jumaat di masjid yang kita sampai semasa perjalanan musafir itu.. Wallahhualam 

MELAYU

Pak Teh | Jumaat, Oktober 15, 2010 |
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan


Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan


Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


                                                                                    Usman Awang

SEMANGAT JENTAYU

Pak Teh | Rabu, Oktober 13, 2010 |
Kebelakangan ini ramai sungguh yang tidak punya semangat yang kental...tidak punya semangat juang yang tinggi...mudah putus asa...mudah mengaku kalah dalam perjuangan...belum melawan sudah mengaku kalah...


Ada baiknya kalau kita hayati puisi yang ditulis oleh Usman Awang tentang semangat digambarkan oleh jentayu....


PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH

PATAH PARUH BERTONGKAT SIKU

PATAH SIKU BERTONGKAT DAGU

PATAH DAGU BERTONGKAT KUKU

Fikir-fikirkan...

BETUL KE COKLAT MENGGEMUKKAN?

Pak Teh | Isnin, Oktober 11, 2010 |
Bila sebut je coklat tentu ramai kanak-kanak berebut-rebut mendapatkannya...tambahan coklat yang dicampur dengan bahan-bahan lain seperti kacang, kismis dll...tapi aku rasa bukan kanak-kanak je suka, mak budak dan bapak budak pun suka makan...tapi ramai gak yang cuba mengelak untuk makan dengan alasan boleh menggemukkan....coklat juga digunakan sebagai bahan untuk membuat kek, biskut, ais krim dan minuman...


Coklat dibuat daripada biji koko yang diperam, dikeringkan, dipanggang dan akhirnya digiling sebelum dicampur dengan ramuan khas. Coklat mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan dari segi rasanya dan dikatakan mempunyai lebih daripada 1,200 zat. Antaranya ialah zat utama berbentuk lemak sebagai pemberi tenaga. Namun begitu, lemak tersebut tidak akan diserap oleh tubuh kerana ia bukan daripada jenis yang boleh menyebabkan kegemukan...Wallahhualam

LAGI TIGA BULAN SERANGKAI

Pak Teh | Ahad, Oktober 10, 2010 |
Dalam kita sibuk memperkatakan tarikh 10 Oktober 2010 atau 10.10.10 yang dianggap tarikh yang istimewa, kita jangan lupa ada bulan-bulan yang lebih istimewa...Sebelum Syawal ramai yang tahu adanya tiga bulan serangkai iaitu Rejab, Syaban dan Ramadhan yang mempunyai pelbagai kelebihan.....Tetapi sebenarnya ada lagi tiga bulan serangkai iaitu Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah...tiga bulan ini dikatakan sebagai bulan-bulan haji...bulan-bulan lebih berfokus kepada Rukun Islam yang kelima iaitu mengerjakan ibadah haji..Salah satu peristiwa penting yang berlaku dalam Zulhijjah ialah Khutbah Haji Wida iaitu khutbah haji terakhir Rasullullah saw semasa melakukan Haji Wida  pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah..salah satu intipati khutbah Baginda ialah membatalkan semua urusan yang melibatkan riba, suatu amalan yang masih berleluasa sehingga kini....Wallahhualam

(Khutbah sepenuhnya rujuk http://www.frim.gov.my/masjid/khutbah.html )

MANA YANG LEBIH UTAMA

Pak Teh | Ahad, Oktober 10, 2010 |
Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin 'Amr bin 'Ash RA; bahawa ia berkata:
"Seorang lelaki datang menghadap Rasullullah seraya berkata, "Aku mengadakan perjanjian denganmu untuk berhijrah dan berjihad demi mencari pahala daripada Allah".

Rasullullah bertanya,"Apakah ada seorang di antara kedua orang tuamu yang masih hidup?"

Ia menjawab,"Bahkan keduanya masih hidup."

Rasullullah bertanya lagi,"Apakah engkau mahu mencari pahala daripada Allah?"

Ia menjawab, "Ya"

Rasullullah bersabda,"Kembalilah kepada orang tuamu dan pergaulilah (layanlah) mereka dengan baik."

INGATKAN ANAK-ANAK KITA

Pak Teh | Rabu, Oktober 06, 2010 |
"Anak derhaka kau...tak bau syurga nanti!"...mintak jauhkan kata-kata ini keluar dari mulut ibu-bapa..ironinya adakah kata-kata ini diucapkan anak-anak kita telah diberi ilmu yang cukup..kalau tidak, tak hairanlah boleh menjadi anak yang derhaka...dalam entri aku kali ini, aku cuba berkongsi dengan kekawan yang mempunyai anak atau yang masih ada ibubapa atau yang bakal jadi ibubapa..sama-samalah kita ingat mengingat...


Sabda Rasullullah SAW, marhumnya: "Adakah tidak aku beritahu kepada kamu tentang sebesar-besar dosa?" Baginda mengulanginya tiga kali. Kami berkata, "Bahkan tidak, ya Rasullullah." . Sabda baginda, "Syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua ibubapa."

Derhaka kepada ibubapa bermaksud melakukan maksiat, menentang dan tidak melaksanakan hak-hak mereka. Di antara perbuatan derhaka ialah:
1)  Anak memandang dengan tajam kepada ibubapa ketika marah
2)  Anak memandang dirinya sama dengan ibubapanya
3)  Anak mengagungkan dirinya tidak mahu menghormati ibubapa
4) Anak tidak mahu atau malu untuk dikenali dengan nama bapanya. Apalagi jika anak itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.
5)  Anak tidak melaksanakan hak dengan memberikan nafkah kepada kedua ibubapanya yang fakir; sehinggakan keduanya terpaksa mengadu kepada hakim agar anak menunaikan kewajipan memberikan nafkah kepada mereka berdua.
6)  Anak mengatakan "Ah" (membentak) kedua ibubapanya, termasuklah "huh", "Bisinglah mak ni!!"
7)  Merasa jemu terhadap kedua ibubapa, menyombongkan diri dan menegur keduanya dengan kata-kata yang menyakitkan, melukai perasaan atau menghina dan juga meninggikan suara.

Sabda Rasullullah SAW, marhumnya: "Ada tiga jenis orang yang diharamkan oleh Allah SWT untuk memasuki syurga iaitu peminum arak, orang yang derhaka kepada kedua ibubapanya dan orang hina yang menempatkan keburukan di dalam keluarganya."

MISTERI GUNUNG LEDANG ....MISTERI KEDUA

Pak Teh | Rabu, Oktober 06, 2010 |
Tentu ada kekawan yang masih ingat misteri pertama dalam entri yang lepas (tu pun kalau kekawan baca hehehe)....jadi entri kali ni aku sambung citernya (atas permintaan kekawan)... keesokannya selepas sarapan dan berkemas, kami meneruskan pendakian ke puncak Gunung Ledang...hampir tengah hari kami sampai ke puncak dan mendirikan khemah di puncak Gunung Ledang..kepada yang dah pernah ke puncak tentu dapat bayangkan betapa kecil puncak Gunung Ledang, hanya muat untuk mendirikan beberapa buah khemah sahaja..kami bermalam di puncak itu dua malam...banyaklah pengalaman yang kami dapat sepanjang dua malam di puncak itu...tetapi aku akan fokus kepada misteri yang kedua tu...
Kami bergerak turun selepas makan tengah hari dan dijangka sampai ke kaki gunung sebelum Maghrib...faham-faham jelah bila menurun laju je..laju disebabkan pergerakan mudah dan orang kata badan jer kat situ, hati dah kat rumah...dipendekkan citer, sampai suatu tempat menghampiri kaki gunung, kami berkumpul untuk diberi taklimat apa yang patut dibuat bila sampai ke kaki gunung,dan amik kesempatan untuk berehat...setelah itu, kami bagi arahan kepada student supaya bergerak turun dahulu...aku , Bob dan Man meneruskan rehat kami...lagi pun nak sampai ke kaki gunung tu lebih kurang 20 minit jer...tengah sedap-sedap rehat tu, Bob berkata, "jomlah kita gerak turun, nanti hari dah gelap susah kita nak jalan"...dengan lemah longlai kami bergerak dalam satu barisan (laluannya kecil)...Man di depan, Bob di tengah dan aku belakang sekali...semasa berjalan tu yang dijangka dalam 20 minit, kami hanya bercakap sekali sekala, maklum jelah dah letih...jalan punya jalan, hari dah mula gelap...tak jugak sampai..patutnya dah lama sampai...kami pun memang dah setkan masa supaya sampai sebelum magrib, dapat solat berjemaah dengan student...aku dah mula resah, tertanya-tanya dalam hati, kenapa tak sampai lagi..kalau ikutkan masa perjalanan sepatutnya dah kedengaran bunyi suara student seramai 20 orang tu..nak kata sesat, kami bergerak menyusur laluan air terjun yang terus ke tempat kami berkumpul...hari makin gelap..masa tu tak sorangpun yang bercakap..senyap jer..walaupun masing-masing ada torchlight, sorangpun tak keluarkan...dalam hati aku, ni tak boleh jadi...tiba-tiba aku bersuara, "Man! berhenti jap!" (Man berada di hadapan sekali)...Bob dan Man tak bertanya kenapa aku suruh berhenti dan dia orangpun takdelah berkata apa-apa tentang kami tak sampai lagi. Aku pun tak tau apa yang dia orang fikir dalam perjalanan. Dengan ringkas aku cakap, "Man...kau duk tengah, biar aku depan!"...tanpa soal jawab, kami berubah kedudukan dan meneruskan perjalanan....tak sampai 5 minit kami berjalan, tiba-tiba sahaja kami dah berada di tempat kami berkumpul, dan kedengaran gelak ketawa student kami....studentpun dah siap solat Maghrib... 
Dipendekkan citer, semasa dalam perjalanan balik menaiki bas, aku masih memikirkan peristiwa itu, apa sebenarnya yang berlaku....macam-macam kemungkinan yang aku buat...adakah berkaitan dengan misteri pertama..adakah berkaitan dengan si Man yang berjalan di hadapan...tapi yang aku perasan, sepanjang perjalanan menurun puncak, Man kerap kali berjalan tidak bersama dengan kami (bersama student), sama ada dia jauh ke hadapan, jauh ke belakang atau bersendirian berjalan seberang air terjun...bila aku ceritakan dengan orang arif tentang hal ni, dia mengatakan yang si Man telah berada dalam satu "kuasa" yang cuba membawanya ke satu tempat..kata orang, ke alam "kuasa" tu..apapun pada aku, peristiwa itu adalah satu misteri...Gunung Ledang yang penuh dengan misteri...

8 KALIMAH

Pak Teh | Selasa, Oktober 05, 2010 |
Luqman al-Hakim ada berpesan kepada anaknya:

"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para Nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu:"







(aku hanya ambil 4 yang berhubungan dengan manusia)
Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain, jagalah pandangan matamu
Apabila engkau di dalam majlis, jagalah lidahmu
Lupakan budi baik terhadap orang lain
Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu


Fikir-fikirkan....


Sumber: Cerita serta doa

TAU TAK HARI APA ANDA LAHIR?

Pak Teh | Selasa, Oktober 05, 2010 |

Kalau tanya bila bila befday, tentu ramai yang secara spontan dapat menjawabnya...tapi bila tanya hari apa lahir? kebanyakannya akan jawab "aaaaaaaaaaaa...taktau ler" ...camne kalau dalam entri aku kali ini cuba bantu kekawan menentukan hari apa kekawan lahir. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menentukan hari bagi tarikh-tarikh yang lain, misalnya nak tau hari apa 31 Ogos 1957 dsb...cuma aku nak ingatkan kaedah  ini 99.999+% tepat

- Katakan A sebagai tahun kelahiran.
- Katakan B sebagai jumlah hari tertentu dalam tahun kelahiran  (kiraan bermula dari 1hb pada tahun kelahiran hingga tarikh lahir)
- Kira  C = (A -1) dibahagikan dengan 4, dan abaikan bakinya.
- Kira  D = A + B + C.
- Bahagikan  D dengan 7 dan perhatikan bakinya.

Untuk lebih jelas, berikut ini adalah satu contoh pengiraan:
Zaidatun dilahirkan pada 22 bulan Mac tahun 1996. Jatuh pada hari apakah Zaidatun dilahirkan?
Jawabnya adalah:

1) A = 1996

2) Januari    = 31 hari
     Februari = 29 hari (tahun 1996 adalah tahun lompat, kalau bukan tahun lompat, 28)
     Mac        = 22 hari (tarikh kelahiran Zaidatun)
   
                B = 82 hari. (iaitu hasil tambah 31+29+22 di atas)

3) C = (1996 - 1) bahagi dengan 4 = 1995 bahagi dengan 4
    C = 498 baki 3 (baki diabaikan).

4) D =  A + B + C = 1996 + 82 + 498 = 2576.

5) 2576 bahagikan dengan 7 = 368 bakinya adalah 0.
    Kerana bakinya 0 bererti Zaidatun  lahir pada hari Jumaat.

Di bawah ini adalah jumlah baki kiraan langkah (5) yang mewakili nama hari:
Jumaat   = 0
Sabtu     = 1
Ahad      = 2
Isnin       = 3
Selasa  = 4
Rabu     = 5
Khamis = 6
                ............Selamat mencuba...

E-BUKU

Pak Teh | Isnin, Oktober 04, 2010 |
Mungkin ramai yang dah tau...mengikut kajian peratusan membaca buku di kalangan rakyat Malaysia memang terlalu rendah...tambahan apabila telah meninggalkan alam persekolahan...kalau adapun suka membaca majalah hiburan, terutama membaca majalah yang mengandungi citer-citer gossip, citer tentang mengaibkan orang...secara tak langsung bersubahat dengan unsur-unsur fitnah...tak heranlah di Malaysia industri buku sangat malap terutama buku-buku berbentuk ilmu dan ilmiah...bila ditanya pelbagai alasan diberi kenapa tidak membaca buku berbentuk demikian..tapi semenjak adanya peluasan paltform elektronik, kini bahan bacaan juga telah dibangunkan dalam bentuk capaian secara dalam talian.
Dikenai sebagai e-buku, ia merupakan medium penyampaian maklumat secara data elektronik. Peranti e-buku ini didatangkan dalam bentuk segi empat, sama seperti saiz buku serta mempunyai skrin paparan luas selain akses kepada rangkai Wi-Fi. Kelebihan e-buku adalah ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana serta saiz storannya yang besar, mampu memuatkan pelbagai jenis buku seperti kamus, fiksyen, buku teks dan buku rujukan. Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu mencari pautan judul buku yang diinginkan menerusi akses internet. Kandungan buku-buku itu kemudiannya boleh dimuat turun dalam bentuk fail format pdf untuk kemudahan bacaan terus oleh pengguna.
Aku rasa dengan adanya e-buku ini peratusan membaca dapat ditingkatkan dan aku tak heran kalau satu hari nanti murid-murid sekolah hanya membawa 1 unit e-buku  ke sekolah menggantikan buku-buku teks yang sedia ada...jadi tak timbullah masalah terlalu berat murid-murid membawa buku teks ke sekolah, yang sampai sekarang masih belum ada penyelesaian... Fikir-fikirkan

Sumber: estidotmy

SEJAUH MANANYA CANTIK SEORANG WANITA?

Pak Teh | Ahad, Oktober 03, 2010 |
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,


"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"




Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
 
Petikan: iluvislam.com

Next previous home