SALAM MAAL HIJRAH 1438H

MANDI SONGSANG

Pak Teh | Khamis, Oktober 28, 2010 |
K
alau sebut pasal mandi, tentu sesuatu perkara biasa kerana itulah yang berlaku setiap hari pada diri kita..masa bayi dan awal kanak-kanak kita dimandikan sehinggalah kita pandai mandi sendiri...kita yang tinggal di kawasan panas ni biasanya mandi 3 kali sehari, maklum jelah badan kita cepat berpeluh, peluh yang boleh memerangkap kotoran...mandi tu pulak macam-macam cara, ada yang mandi guna gayung, ada yang mandi guna shower, ada yang suka guna tub, dan paling sempoi mandi dengan terjun dalam sungai....apapun cara mandi, majoritinya mandi dengan menjirus bahagian kepala dahulu...tetapi ada pendapat mengatakan mandi cara ini akan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan badan terutamanya sistem saraf dan edaran darah di bahagian kepala..Oleh itu satu alternatif cara mandi yang dikatakan sebagai kaedah terapi yang memberi kesan lebih hebat ialah MANDI SONGSANG. Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)


Apakah kelebihan mandi songsang?
1) Menjadikan pengamalnya awet muda dan  sentiasa fresh.
2) Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3) Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4) Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5) Melancarkan perjalanan darah.
6) Meninggikan daya ingatan.
7) Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
8) Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
9) Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
10) Memiliki daya ketahanan mental.
       dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.

Wallahhu'alam....SELAMAT MENCUBA

Sumber: jomlayan.com

3 ulasan:

Nik Nor Humaira berkata...

betul tu, kalau sakit kepala ade yang menasihat mandi tu jirus air dari kaki sampai ke kepala. Jadi jgak macam tu tak lah badan terkejut dengan rasa air yang sejuk.

Pak Teh berkata...

tksh Kunor...sejak dah amalkan, memang ada perubahan...

Tanpa Nama berkata...

dulu saya selalu sakit kepala tetapi bila diamalkan cara mandi ini,alhamdulillah saya tak sakit kepala lagi. Arwah uwan banyak meninggalkan petua-petua yang patut diamalkan.

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home