SALAM MAAL HIJRAH 1438H

NAK JADI MACAM KITA GAK...

Pak Teh | Ahad, November 28, 2010 |
Apa nak jadi budak-budak sekarang ni...tak macam kita dulu!"...inilah ungkapan yang selalu kita dengar bila menceritakan hal remaja sekarang ni..tapi adakah tanggapan kita tu betul atau setakat hendak menuding jari kepada remaja....Sepatutnya kita tidak boleh bandingkan dengan zaman kita dahulu..lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang..yang pasti persekitaran remaja terlalu jauh bezanya dengan persekitaran kita dahulu..Persekitaran amat mempengaruhi hidup seseorang, kalau persekitarannya penuh dengan keganasan, secara tak langsung anak-anak itu juga akan bertindak ganas. Jadi peranan kitalah untuk mempastikan anak-anak itu tidak terpengaruh. Aku tertarik dengan kata-kata Hamka; Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. Apa yang aku faham, sepatutnya kita mendidik anak-anak untuk mereka menempuhi masa depan mereka bukannya mendidik anak-anak menjadi seperti zaman kita...Fikir-fikirkan..

IRONINYA

Pak Teh | Sabtu, November 27, 2010 |
SAMPAI KELU LIDAH NAK BERKATA.....

HADIAH TERBAIK

Pak Teh | Jumaat, November 26, 2010 |
Sebut sahaja hadiah, tentu dah terbayang barang-barang yang mahal...tetapi adakah barang yang dijadikan hadiah itu benar-benar bernilai? benar-benar membawa makna? adakah diingati hingga akhir hayat? Jadi bila bagi hadiah kepada seseorang tu janganlah difikirkan sangat tentang harganya mahal ke tak; yang penting keikhlasan kita memberi...


Hadiah yang terbaik...

kepada kawan - Kesetiaan

kepada musuh - Kemaafan
kepada ketua - Khidmat
kepada yang muda - Contoh terbaik
kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
kepada manusia - Kebebasan

KERANG

Pak Teh | Khamis, November 25, 2010 |
Kerang adalah sejenis haiwan moluska yang boleh di makan...tengok seleralah, ada orang suka makan cecah sos, ada yang suka makan dijadikan lauk seperti masak sambal..tapi sebelum tu kenalah keluarkan isi kerang tu dari cengkerangnya, samaada dikeluarkan mentah-mentah, direbus dahulu atau dibakar...tapi kalau taknak hilang manisnya jangan di rebus...habis camne? samada di bakar atau masuk dalam periuk atau kuali hidupkan api (tanpa air)...nak tau kerang tu dah masak atau mudah "dikopek" senang jer, bila cengkerang tu dah ternganga...tapi kekadang cengkerang tu ternganga gak kalau dah busuk...tu yang bidalan ada mengatakan "macam kerang busuk" ...apa maksudnya? ( carilah sendiri! hehehe)..
Kekedang tu yang lecehnya bila nak bersihkan cengkerangnya, maklum jelah masa beli cengkerangnya kotor dengan lumpur dan ada kotoran yang melekat pada cengkerang...kalau setakat basuh gitu jer, lumpur tu bolehlah hilang tapi kotoran tu tak hilang...melalui pengalaman dan bertanya pada orang, ada beberapa petua nak bersihkan cengkerang tu...kalau kekawan ada petua lain kongsilah kat comments ...:-)
1.   Amik beberapa batang serai, titik tapi jangan sampai lumat pulak, gaulkan dengan kerang dalam bekas, tambah air sehingga kerang tu tenggelam, biarkan selama 10 minit, lepas tu bilas.
2.   Ambil pelepah pisang, kerat-kerat dalam 50 cm panjang (supaya senang dipegang), lepas tu genggam seberapa banyak yang boleh keratan pelepah pisang tu, pastu tenyeh-tenyehkan hujung pelepah  kat  kerang yang ada dalam bekas berair. (petua yg ni pada aku lebih cepat bersih)
3.  Ramas dengan menggunakan hampas kepala
4.  Petua yg ni untuk orang yang terlebih rajin! hehehe..gunakan berus sabut

Wallahhualam

MASALAH ISBAL

Pak Teh | Isnin, November 22, 2010 |
Dalam entri Jilbab yang lepas, aku ada menyentuh tentang pakaian yang benar-benar dikatakan menutup aurat iaitu bukan setakat menutup seluruh badan (kecuali muka dan tapak tangan). Tanpa kita sedari baik lelaki atau perempuan, mereka cuba memakai pakaian yang labuh berbanding yang singkat untuk mempastikan dapat menutup aurat. Memanjang atau melabuhkan pakaian ada kaitan dengan masalah isbal iaitu memanjangkan pakaian sampai ke bawah dari buku lali, bahkan ada pakaian yang menyentuh dan menyapu tanah.
Larangan isbal (memanjangkan pakaian) berlaku pada semua jenis pakaian, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA, bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: "(Larangan) Isbal itu berlaku pada sarung (izar), baju dan serban. Barang siapa yang memanjangkan sesuatu daripadanya kerana sombong, nescaya Allah tidak akan memerhatikannya pada hari kiamat"
Adapun kaum wanita, dibolehkan menguraikan ( memanjangkan pakaiannya) sejengkal atau sehasta untuk menutupi tumitnya (tambahan jika tidak memakai sarung kaki) sebagai tindakan berhati-hati; dikuatiri tersingkap oleh hembusan angin dan sebagainya. Namun begitu tidak boleh melebihi batasan tersebut, sebagaimana yang biasa kita tengok sebahagian pakaian/gaun pengantin yang terjurai panjang sehingga kekadang  tu sampai terpaksa diangkat....Wallahhualam

Sumber: World Organization Presenting Islam

BERBISIK

Pak Teh | Isnin, November 22, 2010 |
Berbisik mengikut Kamus Dewan, "bercakap dengan suara yang perlahan (kepada seseorang atau sesuatu kumpulan supaya tidak didengar orang lain di sekitarnya"......maknanya bila berbisik paling kurang ada dua orang...camne pulak kalau sorang-sorang cakap perlahan? hehehe...tapi kekadang tu ada orang yang salah guna untuk berbisik, berbisik bukan bertujuan  ke arah positif...positif tu maksud aku, untuk tujuan keselamatan misalnya... paling malang bila berbisik tu bertujuan untuk mengata seseorang....lebih malang lagi jika orang yang dikatakan tu ada di sekitarnya...jadi berhati-hatilah bila nak berbisik kerana kita tak tau penerimaan orang ketiga dan yang lain-lain...syaitan sentiasa mengambil kesempatan keadaan macam ini, syaitan pulak nanti berbisik kepada orang ketiga tu , " diaorang tu cerita pasal kau!"... tak pasal-pasal jadi cerita lain pulak...silap-silap timbul perasaan berkecil hati...
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud, "Apabila kalian bertiga, maka janganlah dua orang berbisik-bisik tanpa menyertakan yang ketiga, kerana yang demikian dapat membuatnya bersedih" (HR. Bukhori)

USIA UMPAMA HARTA

Pak Teh | Sabtu, November 20, 2010 |
Usia umpama harta...
Bukan banyaknya menjadi perhitungan tetapi keberkatannya
Harta yang berkat...
Sedikitnya mencukupi
Banyaknya boleh diagih-agihkan
Begitulah usia yang berkat...
Pendeknya bermanfaat
Panjangnya melimpahkan kebaktian

BULAN TERAKHIR

Pak Teh | Jumaat, November 19, 2010 |
Pejam celik, pejam celik...tak sedar kita dah berada di penghujung tahun 1431 Hijrah...kita sekarang berada di bulan yang terakhir, bulan ke 12 dalam kalendar Hijrah.. kalendar yang mula digunakan di zaman Khalifah Umar Al-Khatab...kalendar berdasarkan penghijrahan Rasullullah saw dari Mekah ke Madinah...ops lupa lak, bulan terakhir kalendar Hijrah ialah Zulhijjah...apa maksud Zulhijjah? Terlanjur tu aku bagi maksud bulan-bulan dalam kalendar Hijrah (maaf kalau kurang tepat/tidak tepat)..



Bulan 1:   MUHARRAM - yang diharamkan, iaitu dilarang menumpahkan darah atau berperang
Bulan 2:   SAFAR - safar bermakna kosong, kerana pada bulan itu semua orang laki-laki Arab dahulu pergi meninggalkan rumah untuk merantau, berniaga dan berperang, sehinggakan kampung mereka kosong dari orang laki-laki.
Bulan 3:   RABI'ULAWAL - berasal dari kata rabi’ (menetap) dan awal (pertama). Maksudnya masa kembalinya kaum laki-laki yang telah meninqgalkan rumah atau merantau. Jadi awal menetapnya kaum laki-laki di rumah. Pada bulan ini banyak peristiwa bersejarah bagi umat Islam, antara lain; Nabi Muhammad saw lahir, diangkat menjadi Rasul, melakukan hijrah, dan wafat pada bulan ini juga.
Bulan 4:   RABIU'ULAKHIR - maksudnya masa menetapnya kaum laki-laki untuk terakhir atau penghabisan.

Bulan 5:   JUMADILAWAL - berasal dari kata jumadi (kering) dan awal (pertama). Penamaan Jumadil Awal, kerana bulan ini merupakan awal musim kemarau.
Bulan 6:   JUMADILAKHIR -  maksudnya musim kemarau yang akan tamat.
Bulan 7:   REJAB -  maksudnya mulia. Penamaan Rejab, karena bangsa Arab masa dulu sangat memuliakan bulan ini, antara lain dengan melarang berperang.

BLOGGER CIKGU

Pak Teh | Jumaat, November 19, 2010 |
Yahooooooooo.........itulah bunyi sorakan murid-murid apabila sampai hari terakhir sekolah terutamanya cuti hujung tahun...mana tak seronoknya, ada yang naik kelas, ada yang dari sekolah rendah ke sekolah menengah, ada yang dah habis periksa dan macam-macam lagi sebab mereka bersorak kegembiraan...yang pasti bila cuti sekolah, murid tak ke sekolah...macam mana dengan cikgu? adakah mereka juga bercuti...mungkin ramai yang tak tau atau buat-buat tak tau yang cikgu sebenarnya tidak cuti...ada yang jadi pengawas peperiksaan, ada yang terlibat dengan perancangan tahun depan dan ada juga yang terlibat dengan kursus..terutamanya cikgu sekolah rendah, maklum jelah tahun hadapan akan bermula kurikulum baru..Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)...Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) akan tamat tahun ini setelah digunapakai sejak 1995...pendek kata cikgu-cikgu tak cuti walaupun cuti sekolah yang panjang...
Sebagai penghargaan kepada insan yang bergelar guru, yang terlalu banyak berkorban untuk anak bangsa kita, aku nak bagi tag di atas kepada blogger di kalangan guru... Tapi aku tak pasti berapa ramai cikgu-cikgu yang ada blog..jadi untuk kali ni aku bagi kepada 5 blogger yang aku kenalpasti mereka adalah guru... aku harap tag aku ni mereka akan panjangkan kepada cikgu-cikgu yang lain..secara tak langsung dapat memanjangkan silaturrahim di kalangan blogger khasnya kaum guru dan dapat bertukar pendapat dan pengalaman  di kalangan mereka..Tapi jangan lupa lak, sambil-sambil tu promolah sikit blog matahariku kat diaorang ek...hehehehe






 ikhlas dari....

TELEFON

Pak Teh | Khamis, November 18, 2010 |
Ringgg...ringgg.... itulah bunyi asal bila telefon berbunyi...tapi bunyi macam tu dah dikira ketinggalan zaman...sekarang ni bermacam-macam bunyi telefon berdering (ring tone), pilih saje bunyi yang macam hendak... "tepuk dada tanya telinga"...Tapi apa yang nak aku ceritakan dalam entri kali ni ialah tentang adab bertelefon supaya berkomunikasi melalui telefon betul-betul memberi manfaat..



1.   Kawal nada suara...jangan terlalu kuat atau terlalu perlahan
2.   Jaga tempo pertuturan...kata orang jangan bercakap "macam keretapi lajunya"
3.   Sebutan biarlah jelas terutamanya yang melibatkan fakta
4.   Membuat panggilan pada waktu yang sesuai
5.   Beri perhatian penuh semasa bercakap
6.   Jawab panggilan dengan segera
7.   Jangan menyampuk
8.   Beradab walaupun pemanggil salah nombor

MANA SILAPNYA

Pak Teh | Isnin, November 15, 2010 |
Semasa aku beratur panjang di kaunter bayaran sebuah mini market, aku ternampak seorang ibu mendukung anak kecil dan disisinya seorang budak perempuan yang aku jangka umurnya dalam lingkungan 12 tahun, memegang sebuah bakul barang belian...kemudian aku nampak budak perempuan itu dengan megah menunjuk sesuatu kepada ibunya. "Ishh..tu bunga kantan, bukannya serai! Serai pun tak kenal" tempelak ibunya...tersipu-sipu budak perempuan tu..maklum jelah ramai orang di situ...Terfikir aku ketika itu, mana silapnya sampai budak perempuan tidak dapat membezakan antara bunga kantan dan serai..salah budak itu ke atau salah ibunya atau salah pihak lain...walaupun isu ini kecil tapi kita perlu lakukan sesuatu supaya tidak melibatkan perkara yang lebih besar....jangan salahkan sesiapa, yang penting apa tindakan kita...fikir-fikirkan

¿ıu ıpɐɾ ɥɐp ɐdɐ

Pak Teh | Ahad, November 14, 2010 |
˙˙˙ɥɐlɐqnɔ uɐʍɐʞǝʞ undɐdɐ˙˙˙uʍop ǝpısdn uıɹʞs uɐʞʞılɐqɹǝʇ ɐʎuɐɥ nʇ ɟıʇɐǝɹʞ ɥıqǝl ƃuɐʎ nɐʇɐ˙˙˙ıu ılɐʞ ıɹʇuǝ ɐɔɐq ʞɐu ƃuǝƃƃuouǝɯ uɐʍɐʞǝʞ ɹɐıq `ıu ılɐʞ ɐʇɐʞ ɐdɐ ıpɐɾ˙˙˙nʞıɹɐɥɐʇɐɯ ıɹʇuǝ ɐɔɐq uɐsoq uɐʍɐʞǝʞ uıʞƃunɯ ʞɐƃ ɐɯɐs˙˙˙uɐuɐsoqǝʞ uɐʞlnqɯıuǝɯ uɐʞɐ ıɹɐɥ dɐıʇ uɐʞnʞɐl ɐʇıʞ ɐɯɐs ƃuɐʎ ɐɹɐʞɹǝd ɐlıqɐdɐ ɐlɐʞƃuɐpɐʞ˙˙˙ɐʎu ʇxǝʇ ʞɐl ʞılɐqɹǝʇ ɐdɐuǝʞ ¿uɐʞ ıu ılɐʞ nʞɐ ıɹʇuǝ ʞɐƃ ʞılǝd

6 SOALAN KUIZ IMAM AL GHAZALI

Pak Teh | Ahad, November 14, 2010 |
Imam Al Ghazali bertanyakan soalan kepada murid-muridnya mengenai 6 perkara iaitu paling dekat, paling jauh, paling besar, paling berat, paling ringan dan paling tajam.

1.   Imam Ghazali:  Apakah yang paling dekat dengan diri kita?
      Murid-muridnya menjawab: 'orang tua', 'guru', 'teman'. 'kaum kerabat'
      Imam Ghazali:  Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali Imran:185)

2.  Imam Ghazali:   Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?
     Antara jawapan muridnya:  "negeri China' , 'bulan' , 'matahari' , 'bintang-bintang'
     Imam Ghazali:   Semua jawapan itu benar, tapi yang paling benar ialah MASA LALU. Bagaimanapun kita. apapun kenderaan kita, tetap kita tidak dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan agama.

MENYELERAKAN ATAU HILANG SELERA

Pak Teh | Ahad, November 14, 2010 |
Macam-macam cara untuk menarik minat pembeli...bukan setakat sedap dimakan tetapi sedap juga mata memandang...kekadang yang tak sedap pun nampak sedap...kata orang pandangan pertama tu penting, rasa sedap jatuh nombor dua...begitulah kreatifnya pengusaha biskut untuk menarik minat pembeli dengan mempelbagaikan rupa biskut, ringkasnya biskut pun di makeup supaya lebih menyelerakan...cuba tengok biskut yang di bawah ni, menyelerakan atau langsung hilang selera nak makan..





Mungkin bila dah tengok gambar di atas timbul pulak idea seumpamanya...Cuba jangan tak cuba


JILBAB

Pak Teh | Rabu, November 10, 2010 |
Terharu gak dan alhamdulillah bila tengok semakin ramai wanita Melayu Islam berpakaian yang menutup aurat, menunjukkan semakin ramai yang menurut tuntutan Islam. Maka semakin lakukan tudung dan baju jilbab...butik-butik muslimah tumbuh macam cendawan...tapi aku tertanya-tanya gak apakah sempurna pakaian yang dipakai berstatus menutup aurat seperti tuntutan Islam..setelah aku melakukan rujukan, rupa-rupanya masih ramai wanita tidak sempurna menutup auratnya terutamanya di hadapan bukan mahram. Kebanyakannya hanya sekadar menutup aurat asasnya sahaja iaitu menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Walaupun jilbab dianggap

RUMAH YANG GANJIL

Pak Teh | Isnin, November 08, 2010 |
D
ah jadi ragam manusia...kalo boleh semuanya nak ganjil daripada orang...kalo tak ganjilpun, nak jadi orang yang pertama...kadang-kadang tu kerana terlampau nak sangat lain daripada orang, sampaikan orang akan respon " betul ke tu dot dot?"..Jadi dalam entri kali ni aku nak kongsi ragam manusia yang inginkan rumahnya ganjil daripada orang, ganjil dari aspek rekabentuk..Setakat ini yang telah direkodkan, terdapat 18 buah rumah yang dikategorikan sebagai "rumah ganjil" tetapi aku hanya paparkan gambar 8 buah sahaja di bawah. Mana tau kot-kot ada kekawan yang berhajat nak jadi orang kedua atau nak yang ganjil lagi daripada itu...tapi bila nak ganjil tu jangan sampai terlupa fungsi rumah!



Free spirit spheres


MAZE

Pak Teh | Jumaat, November 05, 2010 |
Maze...biasa dengar je...Maze ni banyak maknanya tetapi aku nak fokus kepada puzzle grafik...kalau dalam kehidupan seharian maze dikaitkan dengan situasi fizikal yang boleh menyebabkan mudah sesat..Dalam konteks puzzle grafik, maze adalah satu penyelesaian laluan tanpa gangguan dari tempat mula ke penamat....maze yang sebegini banyak digunakan dalam memberi latihan kepada murid-murid pra sekolah dan sekolah rendah: satu latihan yang menyeronokan dan dapat menguji minda terutamanya otak kiri...Kalau orang dewasa, sekali sekala tu seronok gak menyelesaikannya..
Maze boleh dikategorikan kepada enam iaitu unicursal (labyrinth), simply-connected, multiply-connected, weave, planair dan logic. Di bawah ni ditunjukkan langkah-langkah untuk membuat satu maze yang mudah.
Langkah 1: Lukis segiempat tepat yang terdiri beberapa petak segiempat sama yang bilangannya adalah ganjil. Kemudian warnakan petak-petak itu seperti dalam rajah di bawah. Warna putih merupakan laluan penyelesaian, biru gelap adalah halangan laluan dan biru muda mungkin sebahagian laluan atau halangan


MAKAN BOLA, MINUM BOLA, TIDUR BOLA

Pak Teh | Jumaat, November 05, 2010 |
Salah satu permainan yang paling popular menggunakan bola ialah bola sepak...Kehebatan permainan bola sepak menyebabkan dua buah negara Amerika Selatan  hampir berperang gara-gara keputusan perlawanan, kerana status bola sepak dianggap maruah sesebuah negara..Kalau nak cerita pasal bola sepak ni, takkan habis sehingga ada iklan menggunakan tag "tidur bola, makan bola, minum bola"...Bola sepak juga merupakan permainan yang paling aku minat sekali sebagai peminat dan pernah bermain pada suatu ketika dulu (walaupun setakat mewakili negeri)...Jadi tak heranlah aku sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak terutamanya negara kita...Secara ringkasnya, bola sepak negara telah berubah dari tahap amatur ke semi pro dan sekarang profesional, pendek kata di negara kita sekarang, dengan bermain bola boleh sara hidup...

JENAKA RASULLULLAH

Pak Teh | Khamis, November 04, 2010 |
Mungkin kekawan masih ingat lagi entri aku yang lepas bertajuk SALAHKAH KITA KETAWA? yang menyentuh tentang mengapa kita perlu ketawa dan ketawa yang macam mana mengikut sunnah Nabi..Biasanya ketawa disebabkan adanya yang melucukan...Jadi adakah Rasullullah hanya ketawa perkara yang melucukan atau baginda juga mampu mentertawakan orang? Cari punya cari, akhirnya aku jumpa gak antara kelucuan yang ditimbulkan oleh baginda.

Seorang sahabat mendatangi Rasulullah saw, dan dia meminta agar Rasulullah saw membantunya mencari unta untuk memindahkan barang-barangnya. Rasulullah berkata: “Kalau begitu kamu pindahkan barang-barangmu itu ke anak unta di seberang sana”. Sahabat bingung bagaimana mungkin seekor anak unta dapat memikul beban yang berat. “Ya Rasulullah, apakah tidak ada unta dewasa yang sekiranya sanggup memikul barang-barang ku ini?” Rasulullah menjawab, “Aku tidak bilang anak unta itu masih kecil, yang jelas dia adalah anak unta. Tidak mungkin seekor anak unta lahir dari ibu selain unta” Sahabat tersenyum dan diapun mengerti gurauan Rasulullah itu. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud dan At Tirmidzi. Sanad sahih)

MENGUAP PUN ADA ADABNYA

Pak Teh | Rabu, November 03, 2010 |
Apabila seseorang tu menguap, sudah tentu tandanya dia mengantuk atau terlalu mengantuk.. Jadi apa sebenarnya menguap tu dan apakah yang boleh menyebabkan kita menguap...
Menguap adalah tindakan luar kawal atau refleks, melibatkan kemasukan udara yang banyak dan diikuti dengan hembusan pernafasan melalui mulut. Ia selalu dikaitkan dengan kelesuan, kurang tidur, penat bekerja, stres dan bosan. Salah satu pendapat saintis, menguap disebabkan penambahan kosentrasi karbon dioksida dan tahap oksigen yang rendah dalam darah dan paru-paru. Jadi menguap dapat membantu peningkatan oksigen dalam darah dan paru-paru.
Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda  yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)." Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap . Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adab-adab menguap:

1.   Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2.   Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat (sebaiknya gunakan belakang tapak kanan kiri)
3.   Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap.
4.   Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

TAULAN

Pak Teh | Selasa, November 02, 2010 |
Mengikut Kamus Dewan, taulan ialah kawan, teman, sahabat, rakan, handai.
Dalam perspektif Islam, kita hanya ada TIGA taulan iaitu harta, keluarga (termasuk sahabat dan kenalan) dan amalan.
Harta hanya bersama kita sehingga kita menghembus nafas terakhir. Selepas kita meninggal, harta tidak lagi kepunyaan kita. Harta yang kita ada sebelum meninggal samada boleh membantu kita selepas meninggal atau tidak bergantung kepada  bagaimana kita menguruskannya. Adakah lebih kepada keduniaan atau ke jalan Allah.
Keluarga pula bersama dan mengiringi kita hingga ke kubur. Suami, isteri dan anak-anak hanya dapat membantu kita jika mereka soleh dan solehah. 
Manakala amalan samada mengiringi atau menunggu kita ke alam barzah. Sesetengah amalan kita telah sedia menunggu di alam barzah atau mengiringi kita ke alam barzah.
Jadi sama-samalah kita fikirkan, taulan manakah yang kita utamakan...Wallahhu'alam

SAMBUNG ATAU ERAT?

Pak Teh | Isnin, November 01, 2010 |
Terlanjur masih ingat ni, aku ingin berkongsi info mengenai silaturrahim...ada orang kata "menyambung silaturrahim" dan ada orang mengatakan "mengeratkan silaturrahim"...mana satu yang betul? Sebenarnya dua-dua betul, bergantung kepada situasinya...sebagai contoh, apabila dua orang bergaduh dan salah seorang ingin berbaik semula, maka dikatakan sebagai menyambung silaturrahim...apabila seseorang menziarah rakannya yang jauh, dikatakan mengeratkan silaturrahim...

Sama ada sambung atau erat, kedua-duanya sangat dituntut, sehinggakan dalam satu hadis Nabi ada mengatakan, syurga yang dijanjikan...jadi kita ambil peluang ini untuk mengerat dan menyambung silaturrahim....Teringat aku ceramah seorang ustaz, Melayu ini bergaduh disebabkan dua perkara je iaitu politik dan ibadah...pasal politik dan ibadah boleh menyebabkan Melayu berpecah belah...walaupun pemimpin politik tak mau menyambung silaturrahim demi perpaduan Melayu, biarlah kita di peringkat bawah mengerat dan menyambung silaturrahim kerana yang kita ikut bukannya pandangan sempit pemimpin tetapi kita ikut Nabi...Wallahhu'alam

Next previous home