SALAM MAAL HIJRAH 1438H

JALUR GEMILANG

Pak Teh | Jumaat, Ogos 20, 2010 |
Dalam kesibukan kita menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan, ada juga yang lepas pandang, bulan ini juga merupakan bulan kemerdekaan negara kita tercinta Malaysia bagi kali ke 52. Salah satu pengisian bulan kemerdekaan ialah dengan mengibar Jalur Gemilang di rumah-rumah dan premis-premis...Tu camna, dah kibarkan Jalur Gemilang di rumah? Ada setengah orang anggap ini perkara remeh temeh..ada juga yang mempertikaikan mengibarkan Jalur Gemilang bukan satu cara menunjukkan semangat patriotik dan macam-macam lagi lah...Aku tak kisahlah apa yang diorang nak cakap, apa yang penting aku tetap kibarkan Jalur Gemilang di rumah aku...pada aku kibaran Jalur Gemilang tu menunjukkan aku bersama-sama meraikan sambutan bulan kemerdekaan, sebagai tanda aku anak Malaysia (walaupun orang kampung semua dah tau) dan yang paling tersentuh di hatiku ialah sebagai tanda terima kasih dan menghormati pejuang-pejuang kemerdekaan, sama ada yang masih hidup dan yang sudah meninggal. Kalau akulah pejuang kemerdekaan yang masih hidup, tentu rasa terkilan bila melihat tiada kerancakan untuk menanti  hari sambutan kemerdekaan, seolah-olah perjuangan mereka tidak dihargai. Susah sangat  ke nak kibarkan Jalur Gemilang berbanding dengan pahit getir, susah payah mereka untuk mendapatkan kemerdekaan.. fikir-fikirkan

2 ulasan:

mz.wati berkata...

arini jenuh cari jalur gemilang kat ofis, xtau diarg simpan mana...last2 jumpa la satu dlm bilik fail...yg sedihnya jalur gemilang tu atas lantai ja....staf yg ari2 masuk ctu pun wat x kesah ja...sedih sgt...tiada rasa hormat pada negara sendiri

Pak Teh berkata...

tulah wati...kkdg tu sedih gak tgk...bukan susah sgt nak simpan/letak tempat betul...bendera tu bukanlah berat sgt atau amik ruang...tak guna lipat lelok...kta melenting bla org luar tak hormat bendera kta..tp kita sendiri tak tunjuk hormat pd bendera kta sendiri..

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home